Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Niat Dah Baik, Sekali Jawapan Ayah Buat 'Tepuk Dahi'

ayah
Kredit: Threads __hnnaa
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Hubungan antara ayah dan anak sememangnya mempunyai keunikan tersendiri.

Kebanyakan ayah mungkin bukanlah seorang yang gemar meluahkan kasih sayang melalui kata-kata manis.

Sebaliknya, mereka mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan rasa sayang kepada anak-anak.

Ada kalanya, sifat penyayang itu terserlah menerusi gurauan dan usikan yang mencuit hati.

Baru-baru ini, beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp antara seorang anak dan ayahnya menjadi tular di media sosial sehingga mencuri perhatian ramai.

Perbualan yang pada mulanya kelihatan biasa itu bertukar menjadi lucu apabila balasan si ayah membuatkan ramai netizen terhibur.

Day 1 Bapak Aku Tanpa Waze

Seperti yang umum tahu, Kerajaan Malaysia melarang penjawat awam daripada menggunakan aplikasi navigasi Waze ketika menjalankan urusan rasmi berkuat kuasa serta-merta.

Ia bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh Israel.

Sejak semalam, ramai yang mula mencari alternatif aplikasi navigasi lain untuk digunakan sebagai panduan arah ketika memandu atau menunggang motosikal di jalan raya.

Dalam satu perkongsian seorang pengguna threads __hnnaa mencuri perhatian netizen apabila dia menceritakan pengalamannya hari pertama ayahnya tanpa aplikasi berkenaan.

“Salam long, Apa nama app yang ganti waze along download semalam..”

Soalan itu sememangnya kedengaran cukup biasa dan sering ditanya oleh bapa-bapa sebelum keluar rumah.

Namun, siapa sangka jawapan yang diberikan oleh si ayah benar-benar di luar jangkaan sehingga membuatkan ramai netizen terhibur.

Netizen Tak Kering Gusi Baca Balasan Ayah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui mereka tidak kering gusi membaca balasan spontan si ayah yang dianggap penuh dengan 'back to old school'.

“back to old school ‘ lejeng lah pakcik . Belikan dia peta nanti,” komen seorang pengguna.

“Tanya-tanya orang…masa kecik-kecik dulu ginilah ayah dengan mak…pergi mana-mana jalan yang tak biasa mesti berhenti tanya orang…kalau mak tanya lama sikit…jalan belum tentu betul…kalau ayah tanya sekejap saja…jalan confirm betul,” kongsi seorang pengguna.

“Ayah aku suka la macam ni. Berpandukan signboard je dia survive atas jalan,” tulis seorang pengguna

“Bestnya part last tu… “tq dear” Bukan semua orang dapat merasa kata-kata tu dari seorang ayah lucky you” kongsi seorang lagi.

Dalam masa sama, ramai juga yang mengambil peluang berkongsi pengalaman masing-masing. Difahamkan, ayah mereka juga sering memberi jawapan yang tidak dijangka apabila ditanya sesuatu.

Bagi ramai netizen pula, situasi seperti inilah yang menjadikan hubungan antara ayah dan anak begitu istimewa.





Sumber:Threads
Intipati
  • Tangkap layar perbualan WhatsApp anak dan ayahnya tular di media sosial baru-baru ini.
  • Si ayah bertanya tentang aplikasi pengganti Waze sebelum memberi balasan yang mencuit hati.
  • Netizen terhibur dan turut berkongsi pengalaman menerima jawapan tidak dijangka daripada ayah masing-masing.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan