Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Niat Dah Baik Tapi Lain Pula 'Isinya', Netizen Cuit - "Harini Lunch Ayam"

lain pula
Kredit: Threads
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Dalam kehidupan berumah tangga, antara perkara kecil yang boleh buat hati rasa dihargai ialah apabila isteri menyediakan bekal untuk suami.

Iklan

Sebagai isteri, sudah tentu tidak mahu suami berlapar di tempat kerja dan dapat menikmati masakan yang disediakan dengan penuh kasih sayang.

Bagi seorang suami pula, bekal daripada isteri boleh jadi satu “rahmat” yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Tetapi kadangkala, rupa paras luaran boleh mengelirukan.

Disangka bekal makanan, rupanya lain pula isinya..

Itulah situasi yang dikongsi seorang pengguna Threads, @ian.syhmi, menerusi tangkap layar perbualannya bersama isteri.

Dalam perbualan itu, isterinya bertanya sama ada dia membawa bekal. Selepas menjawab ya, dia kemudian menghantar gambar sebuah bekas makanan yang berisi ayam mentah, sebelum menulis, “Salah bawak.”

Perkongsian ringkas itu mengundang geli hati ramai.

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman serupa apabila tersalah mengambil bekas atau bekal yang sepatutnya.

Antara perkongsian warga maya;

Sumber:Threads
Intipati
  • Seorang pengguna Threads berkongsi perbualan dengan isterinya mengenai bekal yang dibawa ke tempat kerja.
  • Dia kemudian menghantar gambar bekas makanan berisi ayam mentah sambil menulis, “Salah bawak.”
  • Perkongsian itu mencuit hati ramai, dengan netizen turut berkongsi pengalaman tersalah mengambil bekal.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan