Memandu boleh menjadi mencabar apabila melalui jalan yang mempunyai banyak susur keluar dan simpang. Lagi-lagi kalau kawasan itu bukan laluan yang biasa kita gunakan.
Walaupun sudah berpandukan aplikasi navigasi, kadangkala masih boleh keliru hendak masuk simpang yang mana. Ingatkan susur di depan, rupa-rupanya yang baru sahaja terlepas tadi.
Kalau tersalah jalan dan boleh berpatah balik berdekatan, lega juga.
Namun, ada laluan yang memerlukan kita memandu jauh terlebih dahulu sebelum dapat kembali ke arah destinasi asal.
Lebih mendebarkan apabila tersalah masuk jalan yang tidak biasa dilalui pada waktu malam. Tengok keadaan sekeliling gelap, mulalah rasa perjalanan itu rasa panjang semacam.
“Pov: Kau Tak Reti Tengok Maps..”

Situasi inilah yang boleh terlintas di fikiran apabila melihat perkongsian seorang pengguna Threads, @ayamacakicap, yang memuat naik gambar dua laluan dengan kapsyen ringkas, “pov: kau tak reti tengok maps”.
Menerusi gambar tersebut, laluan di sebelah kiri memaparkan papan tanda menghala ke Karak, Kuantan dan Genting Highlands, manakala sebelah kanan menunjukkan arah Hulu Kelang, Ampang serta Cheras.
Apa yang menarik perhatian ialah perbezaan suasana kedua-dua laluan itu. Laluan di sebelah kanan yang biasa dilalui ke ibu kota, sementara jalan menghala ke Karak pula tampak lebih gelap dan sunyi.
Bayangkan kalau tujuan asal hendak menuju ke kawasan ibu kota, tetapi tersalah memilih laluan. Mahu berpeluh juga.
Netizen Spill The Tea Laluan 'Puaka'
Perkongsian tersebut turut mengundang netizen untuk ‘spill’ kisah dan pengalaman masing-masing ketika melalui laluan ‘puaka’ ini.
Daripada sekadar gambar persimpangan, ruangan komen pula menjadi tempat pengguna berkongsi cerita mereka.
Berikut antara perkongsian netizen mengenai laluan berkenaan;




