Dunia sekarang memang mudah. Nak sesuatu, semuanya boleh dibuat di hujung jari. Taip sahaja dekat telefon, pilih barang yang berkenan, buat bayaran dan tunggu sampai depan pintu rumah.
Bab makan pun sama. Tengah lapar tetapi malas nak keluar atau tak sempat memasak? Buka sahaja aplikasi penghantaran makanan, pilih menu dan tunggu abang penghantar datang.
Bila makanan dah sampai, biasanya ada gambar bukti penghantaran untuk menunjukkan pesanan sudah selamat diserahkan kepada pelanggan.
Tapi gambar yang sepatutnya menjadi bukti urusan selesai itu kadangkala boleh bertukar menjadi bahan ketawa. Maklumlah, bukannya kita sentiasa bersedia nak bergambar ketika keluar mengambil pesanan.
Itulah yang mencuit hati seorang pengguna Threads, @nrainfari, apabila melihat gambar bukti penghantaran makanan yang dipesannya menerusi GrabFood baru-baru ini.

Menurut perkongsiannya, dia meminta bantuan suami untuk mengambil makanan tersebut daripada penghantar.
Namun, sebaik sahaja melihat gambar bukti yang dihantar, dia terhibur apabila gambar berkenaan kelihatan seolah-olah suaminya sedang menerima bantuan asnaf.
“tadi aku minta laki aku ambikkan makanan jap dari grabfood pastu abg grab tu hantar gambar bukti dah macam laki aku terima bantuan asnaf 🤣”
Minta tolong ambilkan makanan sekejap, sekali dapat ‘gambar kenangan’ yang tak disangka-sangka pula.
Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian netizen, dengan ramai turut membuka cerita mengenai gambar bukti penghantaran masing-masing yang mencuit hati.
Netizen Buka Cerita
Rupa-rupanya, bukan seorang dua yang ada pengalaman lucu apabila melihat semula gambar yang diambil sewaktu menerima makanan atau barang pesanan.
Masing-masing tampil dengan cerita dan gambar yang penuh menghiburkan.
Berikut antara komen warga maya;









Begitulah, kita ingat keluar depan pintu sekejap sekadar nak ambil makanan atau bungkusan. Tak terfikir pula momen itu akan dirakam dan jadi bahan usikan kemudian hari.
