Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Niat Minta "Reshare" Status WhatsApp, 'Status' Lain Pula Ayah Hebah

AYAH RESHARE STATUS
Gambar: Threads @khairiena_
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Niat Minta "Reshare" Status WhatsApp, 'Status' Lain Pula Ayah Hebah

Kalau sebut tentang ayah, ramai pasti setuju mereka memang ada perangai yang sukar dijangka.

Ada masa garang, ada masa serius, tetapi dalam diam, merekalah insan yang paling banyak mencipta kenangan lucu dalam keluarga. "Penghibur nombor 1".

Lebih-lebih lagi apabila melibatkan teknologi. Kadang-kadang, apa yang kita maksudkan lain, apa yang ayah faham pula lain.

Namun, salah faham kecil itulah yang akhirnya menjadi memori paling manis untuk dikenang.

"Minta tolong family reshare status. Tapi ayah faham lain..."

Baru-baru ini, perkongsian seorang wanita di Threads mencuit hati ramai apabila berkongsi gelagat ayahnya yang disifatkan sebagai 'di luar jangkaan'.

Menurut wanita itu, dia hanya meminta ahli keluarganya bantu "reshare" status WhatsApp miliknya.

"Minta tolong family reshare status. Tapi ayah faham lain..." tulisnya.

Namun, siapa sangka ayahnya bukan sekadar berkongsi status WhatsApp seperti yang diminta. Sebaliknya, si ayah tanpa sedar telah membongkar rahsia besar si anak.

"Habis dia promote anak dara dia masih single..." tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui mereka mempunyai pengalaman hampir sama dengan bapa masing-masing.

Ramai berkata, golongan ayah sememangnya mempunyai cara berfikir yang 'unik'. Kadang-kadang apa yang mereka faham jauh berbeza daripada apa yang dimaksudkan oleh anak-anak.

Malah, ada yang berpendapat itulah yang membuatkan gelagat mereka sentiasa dirindui.

Kisah McCafe pula buat ramai berdekah

Salah satu komen yang mencuri perhatian datang daripada seorang netizen yang berkongsi pengalaman lucunya bersama arwah ayah ketika dimasukkan ke wad bersalin.

"Teringat ayah aku dulu 2019. Aku warded nak bersalin. Petang tu semua family datang melawat. So kirimlah makanan last sebelum bersalin kan. Aku kirim air coklat McCafe kat McD. Sekali ayah aku datang bawa coklat je. Aku tanyalah mana air McCafe nye? Dia kata "MC takde. Dah masuk hospital kenapa nak MC". So dia beli coklat je. Berdekah satu family aku time tu. Dia boleh fikir McCafe tu MC yang sakit tu guys..."