Membantu ibu melakukan kerja rumah merupakan amalan yang mulia.
Selain dapat meringankan beban mereka, sikap ringan tulang juga menunjukkan rasa prihatin terhadap insan yang banyak berkorban untuk keluarga.
Namun, satu perkongsian mengenai seorang individu yang cuba membantu ibunya baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Niatnya yang baik bagaimanapun berakhir sebaliknya dan mengundang pelbagai reaksi netizen.
Malah ada yang tampil dengan “jawapannya” sendiri yang membuatkan geli hati.
“Apa aku nak jawab dengan mak aku nanti”

Dalam gambar yang dikongsikan @nblsyhrh_ dia secara tidak sengaja mematahkan penyapu rumah milik ibunya dengan bukti seekor lipas sudah 'tewas'.
Sebagai insan yang bergelar 'anak' sudah tentu ramai yang cukup faham dengan situasi ini.
Ramai netizen boleh relate
Niat asal mungkin baik, tetapi apabila dibawa ke ruang komen, netizen pula tampil dengan “jawapan” masing-masing.
Berikut antara jawapan cadangan warga maya;
“Gam je bagi asal lekat. Mak kau guna nanti tercabut lepastu kau keluar la “haa mak patahkan penyapuuuu”

“Baik akak buang penyapu tu sekarang dan simpan lipas tu. eh hahaha”
“Penyapu tu gugur syahid masa bertugas. Mak mesti faham”

“Mak nak penyapu ni ke mak nak anak mak tewas ditangan lipas?”
“Mak sayang lipas ke penyapu ke saya?”
“Tuduh je lipas tu.”
