Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Minta Sunting 'Buang' Dua Pakcik Dalam Gambar, Lain Pula Jadi Lihat Karya Luar Kotak Tukang Edit

sunting gambar
Kredit: Threads
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Zaman sekarang, tidak dinafikan telefon pintar bukan lagi sekadar alat untuk membuat panggilan atau menghantar mesej.

Ibarat satu kotak ajaib, pelbagai perkara boleh dilakukan hanya melalui satu peranti kecil di tangan.

Jika dahulu, penyuntingan gambar memerlukan komputer atau khidmat pakar grafik.

Berbeza dengan situasi sekarang, sesiapa sahaja boleh menyunting gambar sendiri hanya dengan menggunakan aplikasi yang tersedia di telefon pintar.

Apatah lagi, pelbagai filter, alat suntingan dan kesan khas yang ditawarkan, malah cukup lengkap untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik.

Niat Nak Minta Sunting Gambar Sahaja

Tapi, apa berlaku jika netizen yang terlebih kreatif mula menyunting gambar seperti seorang pakar grafik profesional?

“Salam warga threads. nak mintak tolong edit buang pakcik 2 orang tu boleh tak”

Itulah yang berlaku kepada seorang pengguna Threads, muhd_zu1 yang mencuri tumpuan di platform berkenaan baru-baru ini.

Dalam satu hantaran, dia memuat naik gambar sedang memegang baldi kecil di tangan. Manakala terdapat dua lelaki yang berada di sisi kirinya.

Netizen ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.

Melihat kepada hasil suntingan sememang tidak kering gusi dibuatnya. Jadi, SK kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk tatapan anda di bawah;

Minta Sunting Gambar, Hasil ‘Air Tangan’ Netizen Bikin Dekah

Apa yang melucukan, penyunting gambar ini begitu kreatif dengan menerapkan unsur-unsur humor dalam suntingan masing-masing.

Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah bakat dan kretiviti suntingan warga maya bukan calang-calang, malah ada yang diluar kotak pemikiran

Intipati
  • Pengguna Threads, muhd_zu1, meminta netizen membuang dua lelaki dalam gambarnya.
  • Permintaan itu menarik perhatian apabila warga maya berkongsi pelbagai hasil suntingan kreatif.
  • Artikel menonjolkan kreativiti netizen yang menggunakan unsur humor dalam suntingan gambar tersebut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan