Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Dunia Kagum Dengan Indonesia, Prabowo Dedah Sebab Sebenar
Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan bahawa ramai pihak luar negara berasa kagum terhadap situasi sosial di Indonesia, lapor Detik.
Menurut beliau, Indonesia sering digelar sebagai “negara yang mustahil” di peringkat antarabangsa kerana berjaya kekal sebagai sebuah negara bersatu walaupun mempunyai kepelbagaian kaum dan agama.
Kenyataan tersebut disampaikan oleh Prabowo ketika menyampaikan taklimat pada Rapat Koordinasi Nasional (Rakornas) Kerajaan Pusat dan Daerah Tahun 2026 di Sentul, Bogor, Jawa Barat semalam.
“Ramai pihak sentiasa membuat penilaian, termasuk dari luar negara yang menyifatkan bangsa Indonesia sebagai sesuatu yang mustahil. Indonesia is an impossible nation,” jelasnya.
Menurut beliau, masyarakat antarabangsa sukar membayangkan bagaimana Indonesia yang terdiri daripada ratusan kumpulan etnik, pelbagai ras serta agama-agama utama mampu bersatu dalam satu kerangka kenegaraan.
“Bagaimana begitu banyak kumpulan etnik, ras dan agama dapat disatukan?” kata beliau lagi.
Beliau turut menjelaskan bahawa kepelbagaian yang dimiliki Indonesia sering dianggap sebagai kelemahan oleh pihak luar.

Dalam masa sama, mereka mempersoalkan kemampuan negara itu untuk kekal bersatu serta mencapai aspirasi nasional.
“Mereka tidak boleh membayangkan bagaimana sebuah negara yang mempunyai begitu banyak suku bangsa, kumpulan etnik, ras, agama-agama utama serta ratusan bahasa mampu berhimpun, bersatu dan bersama-sama mengejar cita-cita dalam satu kerangka negara kesatuan
"Mereka tidak dapat membayangkannya,” ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, Prabowo menekankan pentingnya para ketua daerah memahami realiti kemajmukan Indonesia.
Beliau turut mengingatkan agar tiada pemimpin wilayah yang hanya berkhidmat untuk kepentingan kelompok tertentu sehingga mengabaikan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

“Bangsa kita, rakyat kita ialah rakyat yang baik, yang mahu hidup dalam suasana aman dan harmoni,” katanya.
Prabowo turut menegaskan bahawa rakyat Indonesia mengharapkan pemimpin yang adil, jujur serta berkhidmat sepenuh hati demi kepentingan rakyat, bukan untuk segelintir pihak atau kepentingan peribadi.