Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Kematian Yang Dicemburui, Imam Masjid Meninggal Dunia Ketika Laungkan Azan
Imam Masjid Al-Ikhsan, H. Suharto bin Kelimpe Ali dilaporkan meninggal dunia ketika sedang melaungkan azan.
Menurut portal KabarMinang, kejadian yang berlaku di Kecamatan Pangkalbalam, Kota Pangkalpinang, Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia turut menjadi tular di media sosial.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suara azan kedengaran lantang dan penuh khusyuk. Namun pada bahagian akhir, Allahyarham kelihatan terdiam sebelum rebah dan menghembuskan nafas terakhirnya.
Pada ketika itu, suasana di dalam masjid menjadi sunyi tanpa sebarang kekecohan.

Pemergian Allahyarham ketika sedang melaksanakan ibadah mulia itu disifatkan oleh ramai pihak sebagai satu husnul khatimah.
Sepanjang hayatnya, beliau dikenali sebagai individu yang berdedikasi dalam menguruskan masjid selain aktif dalam pelbagai aktiviti keagamaan setempat.
Ramai mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, manakala ahli keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan serta kekuatan.