Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Meninggal Dunia Akibat Kerja Hingga Lewat Malam Setiap Hari

Athirah
Lelaki Meninggal Dunia Bekerja
Kredit: ImageFX

Lelaki Meninggal Dunia Akibat Kerja Hingga Lewat Malam Setiap Hari

Seorang pengatur cara komputer dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung yang didakwa berpunca daripada beban kerja berlebihan, lapor South China Morning Post.

Gao Guanghui, 32, dilaporkan meninggal dunia pada November 2025 selepas bertahun-tahun bekerja secara intensif hingga lewat malam setiap hari.

Isterinya, yang hanya mahu dikenali sebagai Li, berkata suaminya bangun awal pada hari kejadian dan mengadu tidak sihat, namun tetap berkeras untuk menyiapkan beberapa kerja.

Namun begitu, keadaannya semakin kritikal sebelum diserang sawan dan tidak sedarkan diri dalam perjalanan ke hospital.

Hospital Perubatan Tradisional Cina Kedua Guangdong mengesahkan kematian Gao pada petang hari yang sama.

Lebih memilukan, rekod syarikat menunjukkan Gao mengakses sistem kerja sebanyak lima kali pada hari dia meninggal dunia.

Masih terima mesej tugasan selepas meninggal dunia

Apa yang mencetuskan kemarahan netizen di China apabila lapan jam selepas kematiannya disahkan, akaun mangsa terus menerima tugasan segera daripada majikannya melalui aplikasi kerja.

Li mendedahkan bahawa sejak suaminya dinaikkan pangkat sebagai ketua pasukan pada 2021, Gao kerap pulang ke rumah selepas pukul 9.30 malam.

Rekod perbualan menunjukkan Li sering merayu agar suaminya pulang lebih awal, namun Gao kerap menolak kerana beban kerja yang terlalu berat.

Mangsa juga dilaporkan enggan mengambil cuti, mahu bekerja bersama ahli pasukannya bagi memastikan tugasan disiapkan tepat pada waktunya.

Kisah hidup Gao, yang bermula dengan mengutip sampah ketika kecil untuk mencari wang saku turut meruntun hati netizen.

Difahamkan, mendiang dibesarkan dalam kesusahan dan sering menulis dalam diarinya tentang azam untuk bekerja lebih keras demi mengubah nasib.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa kini sedang menyiasat syarikat berkenaan, di tengah-tengah kritikan terhadap budaya kerja ekstrem yang meluas di negara itu.