Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
pm india tiba di malaysia
Kredit: Bernama
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

BERNAMA

PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

SEPANG, 7 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri India Narendra Modi tiba di Malaysia hari ini, untuk lawatan rasmi dua hari atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesawat yang membawa Modi dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4.40 petang, dan disambut oleh Anwar.

Turut hadir menyambut ketibaan Modi ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan selaku menteri pengiring.

Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, yang diketuai oleh Kapten Mohd Afiq Aiman Mohd Zulkifli.

Modi kemudian disambut dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera India oleh 100 pelajar dari Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Menengah Sains Banting dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Baru Salak Tinggi.

Selain itu, persembahan kebudayaan yang melambangkan kepelbagaian masyarakat di Malaysia turut dipersembahkan.

Acara sambutan dimulakan dengan tiupan tetuang, diikuti persembahan paluan gendang MADANI, termasuk jidor, gendang Cina dan dhol, yang menampilkan 12 pemuzik daripada pelbagai komuniti etnik, melambangkan keharmonian serta kekayaan kepelbagaian budaya Malaysia.

Suasana turut diserikan dengan persembahan 40 tarian oleh penari daripada Artistana Istana Budaya yang memakai kostum bertemakan kepelbagaian kaum, dan menampilkan gerak tari berunsur koreografi.

Modi kemudian menaiki kenderaan bersama Anwar menuju ke Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines.

Lawatan berkenaan sebagai kunjungan balas kepada lawatan rasmi Anwar ke India pada Ogos 2024.

Kunjungan itu adalah yang ketiga oleh Modi dan yang pertama sejak hubungan dua hala dinaik taraf ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif pada Ogos 2024.

Lawatan berkenaan dijangka memperkukuh hubungan dua hala serta memupuk kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang yang mempunyai kepentingan bersama, berteraskan asas persahabatan yang kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957 dan hubungan dua hala yang dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Ogos 2024

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Modi dijadualkan mengadakan perbincangan dua hala dengan Anwar pada esok, dan kedua-dua pemimpin dijangka menilai pelaksanaan Perkongsian Strategik Komprehensif serta merangka hala tuju baharu bagi kerjasama kedua-dua negara.

Perbincangan juga dijangka menumpukan kepada kerjasama pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, tenaga kerja, pelancongan, kesalinghubungan, pertanian dan pendidikan serta isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Susulan pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dijadual menyaksikan pertukaran pelbagai perjanjian dan dokumen kerjasama, yang mencerminkan pengukuhan hubungan institusi antara kedua-dua negara.

Ini termasuk Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai usaha membanteras dan mencegah rasuah, piawaian latihan, pensijilan dan pengawasan bagi pelaut serta pengurusan bencana.

Dokumen lain termasuk perjanjian mengenai penerbitan audio visual, Memorandum Kerjasama dalam bidang tenaga kerja, Pertukaran Nota dalam bidang semikonduktor, kesihatan, keselamatan negara, serta dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksika Pertukaran Surat mengenai kerjasama pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, serta penyerahan Perjanjian Rangka Kerja International Big Cat Alliance.

India dan Malaysia berkongsi hubungan sejarah, tamadun dan budaya, serta disokong oleh kira-kira 2.9 juta komuniti diaspora India di Malaysia, yang ketiga terbesar di dunia.

Hubungan ekonomi Malaysia-India terus menunjukkan momentum kukuh, yang menyaksikan jumlah perdagangan dua hala mencecah RM79.49 bilion (USD18.59 bilion) pada 2025.

Eksport Malaysia pula berjumlah RM52.3 bilion (USD12.24 bilion) dan import sebanyak RM27.19 bilion (USD6.35 bilion).

Barangan eksport utama merangkumi minyak sawit dan produk pertanian berasaskan sawit, serta produk elektrik dan elektronik, manakala import dari India terdiri daripada produk pertanian, petroleum dan kimia.