Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi mengumumkan Barisan Nasional (BN) memenangi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Manakala, Perikatan Nasional (PN) pula menang 3 kerusi.
BN-PN menang
Ia sekaligus membolehkan gabungan itu memperoleh majoriti mudah dua pertiga untuk membentuk kerajaan apabila menang 24 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.
BN memenangi kerusi di Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.
Tiga kerusi yang dimenangi PN ialah di Paya Rumput, Bukit Katil dan Bemban.
Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) pula menang empat kerusi iaitu di Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan di Bandar Hilir.
PRN kali ini menyaksikan sebanyak 79 calon daripada pelbagai parti politik dan Bebas bersaing merebut 28 kerusi DUN, dengan PH meletakkan calon paling ramai, iaitu 24 orang diikuti BN (23), Parti Bersama Malaysia (16), Bersatu (tujuh), PN (lima), Putra (satu) dan Bebas (tiga).
