Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
fikiran negatif
Kredit: ImageFX
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia

Azzwin

Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, ramai antara kita tanpa sedar hidup dalam kitaran berfikir berlebihan.

Sebagai contoh, mudah melayan perasaan dan cenderung melihat sesuatu dari sudut yang lebih negatif.

Tekanan kerja, masalah kewangan, hubungan yang tidak menentu serta lambakan maklumat di media sosial sedikit sebanyak mempengaruhi cara kita menilai diri sendiri dan kehidupan seharian.

Kali ini, SK akan kongsikan satu kajian tentang fikiran negatif yang boleh percepatkan risiko demensia agar anda lebih berwaspada.

Demensia dan kesihatan mental

Menurut portal BBC Science Focus, demensia serta gangguan seperti kemurungan dan kebimbangan, iaitu keadaan yang berkait rapat dengan pemikiran emosi negatif yang berpanjangan sememangnya saling berkait.

Malah, terdapat alat saringan khas untuk membezakan antara kemurungan dan demensia kerana kedua-dua pesakit boleh kelihatan sama.

doktor dan pesakit
Kredit: ImageFX

Difahamkan, pesakit demensia mungkin tidak mampu menjawab soalan kerana fungsi kognitif yang terganggu.

Manakala pesakit kemurungan pula sebenarnya mampu, tetapi tidak bermotivasi atau tidak bersemangat untuk menjawab.

Kesan fikiran negatif terhadap otak

Satu kajian terkini dalam portal BBC Science Focus mendapati bahawa corak pemikiran negatif yang berterusan dan berulang berpotensi menyebabkan permulaan demensia yang lebih awal atau memburukkan lagi gejalanya.

Ringkasnya, pemikiran negatif yang berterusan mungkin boleh mencetuskan atau mempercepatkan perkembangan demensia.

wanita menangis
Kredit: ImageFX

Persoalannya, bagaimana fikiran negatif boleh membawa kepada kemudaratan fizikal pada otak?

Difahamkan, perkara ini masih belum disahkan sepenuhnya. Jika benar, terdapat pelbagai faktor kompleks yang terlibat.

Antaranya ialah melalui tindak balas tekanan dalam tubuh.

Kesan bias optimisme

Secara normal, portal BBC Science Focus menjelaskan bahawa otak manusia yang berfungsi dengan baik cenderung menghasilkan bias optimisme iaitu kecenderungan semula jadi manusia untuk melihat sesuatu secara positif.

Kita lazimnya menganggap diri kita betul dalam banyak perkara, percaya bahawa keadilan itu penting dan merasakan bahawa kebanyakan perkara akan berpihak kepada kita.

Kecenderungan ini membantu mengekalkan keyakinan dan motivasi, serta menghalang kita daripada terlalu bimbang tentang setiap perkara kecil.

Selain itu, ia juga boleh dianggap sebagai satu bentuk mekanisme pertahanan psikologi.

wanit dan rakan-rakan gembira
Kredit: ImageFX

Namun, apabila elemen optimisme ini hilang, seperti yang sering berlaku dalam keadaan kemurungan, seseorang akan mengalami tekanan dan pemikiran negatif yang jauh lebih tinggi.

Unsur kimia yang terlibat dalam tindak balas tekanan diketahui boleh menyebabkan tekanan biologi pada otak, yang akhirnya menyumbang kepada kemunculan gangguan mental.

Sekiranya otak seseorang telah pun terjejas secara fizikal akibat faktor-faktor yang menyumbang kepada demensia, tidak mustahil untuk mengatakan bahawa pemikiran negatif yang berterusan boleh mempercepatkan keseluruhan proses tersebut.

Kebiasaannya, nasihat seperti “cuba jangan fikirkan perkara itu” kedengaran klise, namun dalam konteks ini, ia mungkin sebenarnya merupakan nasihat yang wajar dari sudut perubatan.