Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Along Eyzendy Meninggal Dunia

Sofea
Along Eyzendy Meninggal
Kredit: Instagram Alongeyzendy

Pelakon, Along Eyzendy, 47, meninggal dunia pada jam 12.16 pagi ini.

Berita duka itu dikongsikan oleh pelakon, Azhar Sulaiman menerusi Facebook sebentar tadi.

Menurut Azhar, dia dan Namron antara pelawat terakhir yang menziarahi Allahyarham di hospital pada hari ini.

"Pelakon Along Eyzendy telah selamat pulang ke rahmatullah sebentar tadi, 12.16 pagi.

"Semoga Allah Taala akan mencucuri rahmat ke atas roh arwah serta menempatkan beliau bersama orang-orang beriman.

"Salam takziah buat isteri, anak anak serta seluruh keluarga arwah dan semoga akan bertabah menghadapi ketentuan yang sedih ini," katanya.

Terdahulu, Along telah ditidurkan dan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang.

Isteri kepada Allahyarham, Hamidah Mohd Yatim berkata keputusan untuk menidurkan suaminya dibuat susulan pendarahan serius dalam perut.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga sentiasa diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini. Al-fatihah.