Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Along Eyzendy Kini Ditidurkan Di ICU

Sofea
along eyzendy ditidurkan
Kredit: Instagram Alongeyzendy

Along Eyzendy Kini Ditidurkan Di ICU

Pelakon, Along Eyzendy kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang.

Perkara itu dimaklumkan oleh pelakon, Zalif Sidek menerusi Instagram miliknya pada Khamis.

Beliau meminta agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat Along.

"Minta doakan kesihatan sahabat kita, Along Eyzendy, baru dapat update dari isteri Along.

"Along telah ditidurkan buat masa sekarang ini dan berada di ICU Hospital Serdang.

"Kita doakan agar Along kuat untuk bangun," katanya.

Dia juga turut mendoakan isteri kepada Along agar terus kuat menghadapi ujian ini.

"Amy jangan putus berdoa dan terus kuat Amy," katanya.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai masalah kesihatan yang dihadapi Along tidak didedahkan.