Rani Kulup Ditidurkan, Kini Berada Di Zon Merah
Aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali sebagai Rani Kulup kini berada di zon merah dan ditidurkan di sebuah hospital.
Perkara itu dimaklumkan oleh admin Facebook Ayahanda Abdul Rani Kulup pada Selasa.
"Ayah sekarang di zon merah dan ditidurkan. Mohon doakan," katanya.
Perkembangan setakat jam 10 pagi tadi, Rani Kulup dikatakan masih lagi berada di zon merah.
Namun, maklumat terperinci mengenai masalah kesihatan yang dialami oleh aktivis itu tidak didedahkan.
Isnin lalu, Rani Kulup menerusi siaran langsung di akaun rasminya di Facebook berkata dia tidak sihat dan meminta agar orang ramai mendoakannya.
"Mohon semua peminat ayah, doakan kesihatan ayah, beberapa hari ini ayah tak berapa sihat.
"Walaupun tak berapa sihat seminggu dua, ayah tetap buat kerja. Walau pun sakit ayah tidak tunjukkan sakit ayah, doakan ya," katanya.