Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Brad Arnold Meninggal Dunia
Kredit: AFP
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun

Athirah

Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun

Penyanyi utama dan penulis lagu kumpulan rock terkenal, 3 Doors Down, Brad Arnold dilaporkan meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser buah pinggang tahap empat.

Menurut BBC, berita dukacita itu diumumkan oleh kumpulan 3 Doors Down menerusi platform X.

"Dia akan sangat dirindui dan diingati selamanya," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Pada Mei 2025, Arnold mendedahkan bahawa dia disahkan menghidap karsinoma sel jernih buah pinggang tahap empat.

Difahamkan, ia merupakan sejenis kanser buah pinggang yang telah merebak ke paru-paru.

"Saya tidak takut. Saya benar-benar ikhlas mengatakan saya tidak takut langsung menghadapinya.

"Saya harap anda semua dapat mendoakan saya setiap kali berpeluang," kata Arnold ketika itu sambil meluahkan rasa kecewa kerana kumpulan berkenaan terpaksa membatalkan jelajah konsert akan datang.

Lagu Kryptonite menjadi titik lonjakan kejayaan kumpulan itu

Dalam kenyataannya, 3 Doors Down menyifatkan Brad Arnold sebagai ahli pengasas, vokalis, dan pemain dram asal yang membantu mentakrifkan semula muzik rock arus perdana dengan gabungan elemen pasca-grunge, penulisan lagu beremosi, serta tema lirik yang dekat dengan pendengar.

Kumpulan itu ditubuhkan di Mississippi pada pertengahan 1990-an. Seorang lagi ahli pengasas trio asal, Matt Roberts dilapor meninggal dunia pada 2016 ketika berusia 38 tahun.

3 Doors Down dikenali menerusi deretan lagu hit rock era 2000-an seperti Kryptonite, Here Without You, When I'm Gone dan Loser yang melonjakkan nama kumpulan itu di peringkat antarabangsa.

Arnold menulis lagu Kryptonite, yang menjadi titik lonjakan kejayaan kumpulan itu pada tahun 2000 ketika berusia 15 tahun sewaktu berada di dalam kelas matematik.

Dalam kalangan insan terdekat, Arnold dikenang bukan sahaja kerana bakatnya, tetapi juga kemesraan, kerendahan hati, pegangan iman, serta kasih sayang mendalam terhadap keluarga dan rakan-rakan.

Menurut BBC, beliau turut meninggalkan isterinya, Jennifer.

Sepanjang kerjaya mereka, 3 Doors Down kerap disiarkan di radio rock dan pop sepanjang era 2000-an dan 2010-an serta meraih tiga Anugerah Muzik Billboard.

Album sulung mereka, The Better Life, tersenarai sebagai album ke-11 paling laris pada tahun pelancarannya di Amerika Syarikat.

Sumber:BBC