Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Kehilangan anak lelaki kepada rapper Lil Jon, Nathan Smith yang dilaporkan ‘melarikan diri dari rumah’ berakhir dengan tragedi apabila mayatnya ditemui di sebuah kolam berhampiran kediaman keluarga mereka di Georgia.
Menurut portal NBC News, Nathan Smith yang dikenali dengan nama pentas DJ Young Slade, seorang penerbit muzik dan rapper, disahkan meninggal dunia pada usia 27 tahun.
Difahamkan, mayatnya ditemui oleh pihak berkuasa di sebuah kolam berhampiran kediaman keluarga mereka pada 6 Februari lalu.

Lil Jon dalam satu kenyataan rasmi meluahkan rasa dukacita mendalam apabila menerima khabar itu.
"Saya dan isteri sangat berduka cita dengan tragedi kehilangan anak lelaki kami, Nathan Smith
"Dia merupakan seorang anak yang sangat baik, penyayang, sopan dan berjiwa besar terhadap pekerjaannya. Dia juga sangat menyayangi keluarga serta kawan-kawannya
"Dia seorang yang luar biasa dan kami cinta serta sangat berbangga dengannya. Kami hargai setiap detik yang telah dihabiskan bersamanya. Terima kasih atas doa yang anda semua kirim buat Smith," ujarnya.
Sebelum ini, pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan Smith dari rumahnya kira-kira jam 6 pagi (waktu tempatan).
Mayatnya ditemui sehari selepas usaha pencarian dijalankan, manakala punca kematian masih dalam siasatan pihak berkuasa.