Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Restoran Rembayung milik usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming (KA) dimasuki air susulan hujan lebat, semalam.
KA menerusi perkongsiannya di Threads memohon maaf kepada para pelanggan di atas ketidakselesaan akibat kejadian tersebut.
"Mohon maaf para pelanggan yang tak selesa makan petang tadi sebab kena pindah meja
"Hujan tersangat lebat hari ini sampai bocor masuk dalam kedai. Alhamdulillah dah tak bocor lagi dan sesi makan malam ini bersambung seperti biasa
"Punca bocor akan kita terus baiki malam ini," katanya.
Bagaimanapun, syarikat yang membina Rembayung tampil memberikan penjelasan sebenar berhubung kejadian yang berlaku itu.
Menerusi hantaran di Threads oleh @cdbuilders.my, pihak kontraktor menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku bukan kerana air memasuki premis melalui cermin, sebaliknya disebabkan sistem gutter tiba-tiba melimpah apabila downpipe tersumbat dengan daun.
Pihak kontraktor menegaskan bahawa situasi ini tidak dijangka dan berada di luar kawalan mereka.
Mereka juga mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan akan menambah baik sistem terbabit bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang pada masa akan datang.
"Punca utama ialah gutter tiba tiba overflow disebabkan downpipe tersumbat dengan daun
"Sesuatu yang tidak dijangka dan diluar kawalan kami
"Kami juga telah mengambil tanggungjawab penuh dan akan menambah baik supaya kejadian ini tidak berulang lagi di masa hadapan," ujar hantaran berkenaan.
Dalam pada itu, pihak kontraktor berharap pelanggan Rembayung dapat terus menikmati hidangan dalam keadaan selesa pada masa hadapan.

Sebelum ini, SK melaporkan Rembayung yang merupakan restoran pertama KA telah dibuka pada 6 Januari lalu.
Sejak itu, orang ramai bertungkus lumus untuk mendapatkan tempahan bagi menjamu hidangan masakan Melayu di situ.
KA berkata seramai 16,113 pelanggan telah berkunjung ke Rembayung sepanjang sebulan ia dibuka.
"Bila teringat balik dah macam rancangan realiti, macam-macam benda jadi dalam kedai," katanya dalam kiriman pada Jumaat.
Pempengaruh itu juga dipuji kerana sentiasa menerima kritikan dengan terbuka dan bersiap sedia memperbaiki sebarang kekurangan di restoran tersebut.