Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Restoran Rembayung milik usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming (KA), dimasuki air susulan hujan lebat pada petang tadi.
KA menerusi perkongsiannya di Threads memohon maaf kepada para pelanggan di atas ketidakselesaan akibat kejadian tersebut.

"Mohon maaf para pelanggan yang tak selesa makan petang tadi sebab kena pindah meja.
"Hujan tersangat lebat hari ini sampai bocor masuk dalam kedai. Alhamdulillah dah tak bocor lagi dan sesi makan malam ini bersambung seperti biasa.
"Punca bocor akan kita terus baiki malam ini," katanya.

Rembayung yang merupakan restoran pertama KA telah dibuka pada 6 Januari lalu.
Sejak itu, orang ramai bertungkus lumus untuk mendapatkan tempahan bagi menjamu hidangan masakan Melayu di situ.
KA berkata seramai 16,113 pelanggan telah berkunjung ke Rembayung sepanjang sebulan ia dibuka.
"Bila teringat balik dah macam rancangan realiti, macam-macam benda jadi dalam kedai," katanya dalam kiriman pada Jumaat.
Pempengaruh itu juga dipuji kerana sentiasa menerima kritikan dengan terbuka dan bersiap sedia memperbaiki sebarang kekurangan di restoran tersebut.