Laman web korporat Bank Rakyat tidak dapat diakses oleh orang ramai buat sementara waktu.
Iklan
Bank Rakyat menerusi satu kenyataan berkata pelanggan disarankan untuk menggunakan aplikasi mudah alih atau platform digital seperti, iRakyat, BRICK, QR2E dan i-bizRAKYAT.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.
Baca juga:
Bagaimanapun, pihaknya tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai isu yang berlaku melibatkan laman web tersebut.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai laman web Bank Rakyat yang didakwa telah digodam.


