Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Tidak dinafikan, telefon pintar merupakan satu benda yang penting dalam kehidupan semua orang. Namun, pernahkah anda terbayang sekiranya kita keluar ke mana-mana tanpa telefon pintar di tangan?
Bagi angkasawan NASA, setiap kali mereka menjalankan misi di angkasa, mereka terpaksa meninggalkan telefon milik mereka di Bumi.
Namun, baru-baru ini, melalui satu hantaran di laman X Pentadbir NASA, Jared Isaacman, beliau memaklumkan bahawa angkasawan Crew-12 dan Artemis II akan dibenarkan membawa telefon pintar terkini dalam misi akan datang.

"Kami akan memberi kru kami peralatan untuk merakam detik-detik istimewa untuk keluarga mereka serta berkongsi imej dan video yang akan memberi inspirasi kepada dunia.
"Kami mencabar proses yang telah lama wujud dan melayakkan perkakasan moden untuk penerbangan angkasa dalam tempoh masa yang dipercepatkan," katanya.
Menurutnya lagi, keutamaan bagi operasi ini juga akan memberi manfaat kepada NASA ketika meneruskan penyelidikan bernilai tinggi di orbit serta permukaan bulan.
"Ini adalah langkah kecil ke arah yang betul," ujarnya.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai jenama telefon pintar itu tidak didedahkan.
Walaupun gambar yang dirakam menggunakan telefon pintar pernah diambil di angkasa sebelum ini melalui tiga satelit kecil berasaskan telefon pintar yang dihantar ke orbit Bumi pada 2013, misi Artemis II bakal mencatat sejarah baharu apabila buat pertama kalinya gambar menggunakan telefon pintar dirakam dari orbit Bulan.
Peranti peribadi kru yang digunakan kali ini akan jauh lebih mudah berbanding kamera DSLR Nikon lama yang sebelumnya menjadi satu-satunya pilihan untuk merakam imej pegun berkualiti tinggi.
Jadi, ini bermakna akan lebih banyak juga gambar-gambar spontan yang boleh dikongsi bersama rakan dan ahli keluarga di Bumi.