Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MOSTI Perluas Pembudayaan Sains Angkasa Inklusif Menerusi Inisiatif Program Space Insight X 2026

MOSTI

KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2026 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Planetarium Negara menganjurkan Program Astronomi Inklusif salah satu program yang terangkum di bawah Inisiatif Program Space Insight – X 2026 dengan objektif untuk menyantuni dan menarik minat pelbagai golongan OKU serta golongan rentan ke arah penerokaan bidang Astronomi dan Sains Angkasa.

Iklan
Kredit: Planetarium Negara

Inisiatif Program Space Insight – X 2026 merupakan usaha “pengembangan” capaian Modul Astronomi OKU bukan hanya di kalangan golongan OKU sahaja, bahkan diperluaskan kepada golongan rentan termasuk masyarakat orang asli, komuniti pedalaman, golongan B40, warga emas, warga pelarian dan juga golongan OKU antarabangsa melalui perkongsian modul berbahasa Inggeris bersama Working Group on Inclusive Outreach di bawah organisasi International Astronomical Union (IAU). 

Program Astronomi Inklusif disertai oleh seramai 200 peserta dengan pelbagai pengisian termasuk sesi Space-Fit, Fun-Walk dan Sembang Hentian dengan tajuk “Cabaran Fizikal Ke Angkasa Lepas” bersama Prof. Madya Major Dr. Mohd Harridon bin Mohamed Suffian, pensyarah UNIKL MIAT. Program ini turut menyaksikan acara serahan Modul Astronomi MBPK Ketidakupayaan Penglihatan kepada SM Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur serta video gimik penutupan aktiviti penyerahan modul kepada 18 buah sekolah sasar di seluruh negara dengan sokongan CSR oleh Hibiscus Petroleum Berhad. 

Pelbagai aktiviti Sains Angkasa bagi memberi pengalaman interaktif juga diadakan seperti aktiviti Pencerapan Permukaan Matahari, Roket D.I.Y., Pelancaran Roket Air, Planetarium Mini, Sukaneka, Kembara ke Angkasa dan simulasi Planet VR.

Di bawah Inisiatif Program Space Insgiht – X 2026 ini juga, video penggunaan Modul MBPK dalam bahasa isyarat telah dirakam dan akan dimuat naik ke portal DELIMa dan DELIMa Flix milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Modul tersebut juga turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggersi untuk perkongsian diperingkat antarabangsa bersama organisasi IAU. 

Intipati
  • MOSTI menganjurkan Program Astronomi Inklusif bagi menarik minat OKU dan golongan rentan.
  • Inisiatif Space Insight X 2026 memperluas capaian Modul Astronomi OKU kepada komuniti sasaran.
  • Program melibatkan 200 peserta dengan aktiviti interaktif sains angkasa dan penyerahan modul.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan