Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MOSTI Anjur Program Astro Sparkz 2026: Pembudayaan Sains Angkasa Menerusi Kem Astronomi Di Tengah Bandar Raya

MOSTI
Kredit: MOSTI

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Planetarium Negara menganjurkan Program Astro Sparkz 2026 bagi memberikan pengalaman pembelajaran astronomi secara interaktif kepada kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun.

Program berkonsepkan kem astronomi selama dua hari satu malam itu berlangsung pada 17 hingga 18 Oktober di Planetarium Negara, Kuala Lumpur.

Kredit: MOSTI

Menurut penganjur, program berkenaan dirancang untuk memberikan pengalaman unik mempelajari astronomi di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, selain meningkatkan kesedaran, pemahaman dan minat kanak-kanak terhadap bidang sains angkasa.

Antara aktiviti yang disediakan ialah Solar Rover, Space Talent, aktiviti berkumpulan, Space Hunt dan Saya Seorang Angkasawan.

Aktiviti berkenaan memberi peluang kepada peserta meneroka ilmu sains dan teknologi angkasa lepas menerusi pendekatan interaktif, di samping memupuk kreativiti, kerjasama berpasukan serta minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Penganjuran Astro Sparkz 2026 membuka peluang kepada 80 kanak-kanak untuk merasai pengalaman pembelajaran sains angkasa melalui kaedah berbeza daripada pembelajaran di sekolah.

Usaha itu diharapkan dapat memupuk budaya STEM dalam kalangan generasi muda serta melahirkan generasi yang berdaya saing dalam bidang penerokaan angkasa lepas.

Intipati
  • MOSTI menganjurkan Astro Sparkz 2026 melalui Planetarium Negara untuk kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun.
  • Kem dua hari satu malam itu berlangsung pada 17 hingga 18 Oktober di Kuala Lumpur.
  • Program melibatkan 80 peserta dengan aktiviti interaktif bagi memupuk minat terhadap STEM.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan