Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MOSTI Semarak Minggu Angkasa Sedunia 2026 Menerusi Tema "Revolusi Roket"

Minggu Angkasa Sedunia 2026

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Planetarium Negara, menganjurkan Program Minggu Angkasa Sedunia 2026 dengan tema “Revolusi Roket” (Rocket Revolution), yang berlangsung secara gabungan fizikal dan dalam talian (hibrid) dari 5 hingga 10 Oktober 2026.

Minggu Angkasa Sedunia 2026

Minggu Angkasa Sedunia bermula dari 4 hingga 10 Oktober, telah diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sambutan tahunan bersempena pelancaran Sputnik 1 pada 4 Oktober 1957, serta pemeteraian Treaty on Principles Governing the Activities of States in the Exploration and Peaceful Uses of Outer Space pada 10 Oktober 1967.

Tema “Revolusi Roket” telah dipilih bagi tahun 2026 dengan tujuan untuk menggalakkan perbincangan ke arah merevolusikan sistem pelancaran ke angkasa termasuk inisiatif roket guna semula melalui penyelidikan dan inovasi di kalangan penyedia pelancaran komersial, pasukan universiti dan syarikat-syarikat pemula (startups) serta di kalangan negara-negara pemain angkasa yang baru muncul.

Program Minggu Angkasa Sedunia 2026 menampilkan pelbagai pengisian interaktif bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan serta minat masyarakat terhadap bidang Sains Angkasa khususnya dan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) secara amnya, di samping menggalakkan pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan generasi muda.

Antara pengisian utama yang dilaksanakan ialah ceramah umum Bicara Planetarium: 1 Hari Cahaya bersama Pengarah Planetarium Negara, iaitu YBrs. Encik Mohd Zamri Shah Mastor.

Turut diadakan juga aktiviti individu atau seisi keluarga SolarRobo dan Xplore Hunt, simulasi International Space Station (ISS): Slow-Scan Television (SSTV) bersama Malaysia Amateur Radio Transmitters Society (MARTS), simulasi langit Jendela Langit Kuala Lumpur, tayangan video Mapping the Hidden Universe dan Astro Kuiz secara dalam talian melalui Facebook Planetarium Negara.

Kredit: KIT MEDIA MINGGU ANGKASA SEDUNIA 2026

Penganjuran Program Minggu Angkasa Sedunia 2026 diharap dapat meningkatkan penglibatan dan minat masyarakat daripada pelbagai lapisan usia terhadap Sains Angkasa, Astronomi, teknologi dan inovasi, di samping merapatkan jurang antara bidang Sains Angkasa dengan masyarakat melalui aktiviti pendidikan yang interaktif dan berasaskan pengalaman.

Intipati
  • MOSTI menganjurkan Minggu Angkasa Sedunia 2026 secara hibrid dari 5 hingga 10 Oktober.
  • Tema “Revolusi Roket” menumpukan perbincangan mengenai inovasi pelancaran angkasa dan roket guna semula.
  • Program itu merangkumi ceramah, simulasi ISS, aktiviti keluarga, tayangan video dan kuiz dalam talian.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan