Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penampakan Cahaya Terang Di Ruang Udara Malaysia, Ini Kenyataan MOSTI

Penampakan Cahaya Terang

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan telah menerima maklumat awal berhubung laporan penampakan cahaya terang di beberapa kawasan ruang udara Malaysia pada malam Rabu.

Iklan

Menurut MOSTI, penampakan cahaya terang itu turut dikaitkan dengan kemasukan semula (re-entry) satelit Balai Cerap Neil Gehrels Swift milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Penampakan cahaya terang

Bagaimanapun, setakat ini, tiada laporan rasmi diterima mengenai penemuan sebarang serpihan objek yang disyaki berasal dari angkasa, seperti roket, di daratan atau perairan Malaysia.

“Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai penemuan sebarang serpihan objek disyaki objek angkasa seperti roket di darat atau perairan di Wilayah Malaysia.

“Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan sekiranya menemukannya.

Sebaliknya, mereka diminta segera melaporkan penemuan tersebut kepada pihak berkuasa menerusi talian kecemasan 999 atau menghubungi Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) di talian 03-88858685.

Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat melalui e-mel kepada [email protected].

“MOSTI juga menyeru orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan mendapatkan maklumat yang sahih daripada saluran rasmi,” menurut kenyataan itu.

Intipati
  • MOSTI menerima maklumat awal mengenai penampakan cahaya terang di beberapa kawasan Malaysia.
  • Fenomena itu dikaitkan dengan kemasukan semula satelit Neil Gehrels Swift milik NASA.
  • Setakat ini, tiada laporan rasmi penemuan serpihan objek angkasa di Malaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan