Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Peniaga Bazar
Kredit: Bernama
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan

BERNAMA

Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan

SEREMBAN, 8 Feb (Bernama) -- Semua peniaga makanan di Negeri Sembilan, khususnya di bazar Ramadan diingatkan tidak mengambil ringan aspek keselamatan makanan dan mengambil suntikan tifoid serta mematuhi standard kebersihan tinggi ketika menyediakan juadah jualan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata kegagalan mematuhi keperluan kesihatan asas bukan sahaja melanggar peraturan malah boleh membahayakan kesihatan awam.

Beliau berkata suntikan tifoid merupakan benteng awal bagi mencegah penularan bakteria berbahaya yang boleh mencemari makanan dan minuman sekali gus menyebabkan jangkitan serius kepada pengguna.

“Kegagalan pengusaha makanan mendapatkan suntikan itu dan tidak menjaga kebersihan berhadapan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“Saya percaya peniaga sudah mengetahui syarat mewajibkan mereka mengambil suntikan tifoid sebelum memulakan perniagaan makanan termasuk mereka yang berniaga di bazar Ramadan,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas Program Pembersihan Persekitaran Pasar Ampangan bersama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang turut dihadiri Datuk Bandar MBS Datuk Masri Baharuddin.

Sementara itu, Masri berkata tindakan kompaun termasuk penutupan premis akan dikenakan terhadap peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di bawah pentadbiran MBS yang gagal menjaga kebersihan tapak perniagaan.

“Kita amat bertegas dengan hal kebersihan dan kesihatan awam. Makanan yang tidak habis dijual jangan dibuang merata sebaliknya salurkan ke tempat sesuai termasuk bersedekah jika masih elok,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Masri berkata peniaga yang belum mendapat pulangan wang daripada penganjur Bazar Aidilfitri Dataran Senawang dinasihatkan membuat laporan polis dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada MBS untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata jika penganjur enggan membayar semula wang terlibat, MBS akan menggunakan deposit pihak berkenaan untuk dibayar kepada peniaga.

MBS mengambil alih sepenuhnya pengurusan Bazar Aidilfitri di Dataran Senawang tahun ini selepas membatalkan pelantikan empat penganjur kerana gagal memenuhi syarat ditetapkan, manakala seorang lagi menarik diri disebabkan tidak mampu menguruskan bazar dengan baik.

Sumber:BERNAMA