Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
ultras selangor
Kredit Gambar: Bernama
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan

BERNAMA

Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan

SHAH ALAM, 7 Feb (Bernama) -- Selangor FC memutuskan untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas Ultras Selangor susulan insiden membabitkan beberapa individu daripada kumpulan penyokong berkenaan sebelum perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC minggu lepas.

Selangor FC dalam kenyataan memaklumkan Ultras Selangor dilarang menghadiri tiga perlawanan dari 8 hingga 22 Feb, melibatkan dua perlawanan suku akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC dan perlawanan Liga Super bertemu Kuching City FC.

Menurut kelab itu, individu-individu yang disabitkan kesalahan atas kes penyalahgunaan atau memiliki dadah pula dilarang memasuki stadium bagi mana-mana perlawanan melibatkan Selangor FC selama tiga tahun berkuat kuasa serta-merta.

“Selangor FC menjunjung kasih titah perintah dan cadangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Penaung Diraja Kelab serta nasihat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah selaku Pengerusi Selangor FC berkenaan insiden terbabit.

“Kelab tidak bertolak ansur terhadap sebarang pelanggaran undang-undang dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjamin ketenteraman dan keselamatan orang awam,” menurut kenyataan itu.

Selangor FC memaklumkan insiden terbabit diharap menjadi iktibar kepada Ultras Selangor dan kumpulan penyokong itu akan kembali ke stadium dengan semangat dan azam baharu serta menjadi teladan dalam memeriahkan suasana bola sepak tempatan.

“Selangor FC juga menyeru agar semua penyokong terus menyokong kelab secara bertanggungjawab dan saling menghormati untuk memelihara keselamatan awam, imej kelab dan masa depan bola sepak tempatan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa amat dukacita dan kecewa terhadap insiden membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Terengganu yang didakwa membabitkan penyokong pasukan bola sepak Selangor FC pada 1 Feb.

Sebagai Penaung Diraja Selangor FC, baginda turut tidak berkenan dengan budaya samseng dan gangsterisme dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan, khususnya penyokong Selangor FC.