Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Tidak dinafikan, ular sememangnya antara haiwan yang sering menimbulkan rasa takut ramai orang.
Walaupun hanya melihatnya di skrin telefon, ia sudah cukup membuatkan ramai berasa tidak selesa.
Apa yang lebih membimbangkan, kehadiran reptilia ini kadangkala sukar dijangka.
Ada yang muncul di kawasan semak berhampiran rumah, di longkang, malah pernah juga tular kes ular ditemui keluar dari lubang tandas.
Situasi sebegini mengingatkan kita bahawa ancaman hidupan liar boleh berlaku di tempat yang tidak disangka-sangka.
Ular sawa besar dan panjang telan seekor kucing
Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial memaparkan seekor ular sawa menelan seekor kucing.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @farisfoxz di Threads, pasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dilihat bertungkus-lumus menangkap ular sawa tersebut.
Difahamkan, kejadian ini berlaku di sekitar perumahan U11 Bukit Bandaraya, Shah Alam.
Kredit: @farisfoxzDalam video tersebut juga, ular sawa itu dilihat berada di dalam longkang berhampiran kawasan perumahan.
Menariknya, seekor monyet yang berada di atas pokok dilihat menjerit seolah-olah memberi amaran kepada anggota JPAM.
Kredit: @farisfoxzMenurut pemilik video, jirannya melihat ular sawa tersebut membelit seekor kucing sebelum menelefon anggota JPAM.
"Jiran nampak ular tu belit dan makan kucing oyen, pastu telefon JPAM" ujar @farisfoxz.
Tambahnya lagi, ini bukan pertama kali mereka melihat ular di kawasan tersebut.
"Pernah tiga ke empat kali juga," katanya.
Video tersebut mencecah 84 ribu tontonan di Threads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Threads memberi pelbagai reaksi.
Kebanyakannya takut melihat saiz ular sawa tersebut dan sedih terhadap nasib kucing yang ditelan.
"Kesiannya kucing tu. Mesti dia meow banyak kali kan sebelum mati? Sedihnya," komen seorang wargamaya.
"Ala kucing jiran tu warna apa? Haaaa sedihnya terbayang kucing sendiri," komen seorang lagi wargamaya.
"Takziah kucing jiran tu, tapi ular adalah pemangsa bukan villian. Jangan salahkan ular," ujar seorang pengguna Threads.
“Jika anda berada di hutan belantara dan terdengar bunyi sorakan kera atau monyet, kemudian mereka lari bertempiaran, itu petanda terdapat gajah atau haiwan pemangsa yang sedang lalu atau mendekati kawasan tersebut
"Begitu juga, jika hutan tiba-tiba menjadi senyap dan sunyi, ia mungkin menandakan haiwan buas yang berbahaya sedang mendekat. Segera berundur dan kekal berwaspada," komen seorang lagi warga maya.