Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Kreatif Betul, Suami "Join" Main Layang-layang Guna Joran Pancing Dengan Anak Jiran
Tidak dapat dinafikan, kreativiti hadir dalam pelbagai bentuk. Ia tidak semestinya memerlukan peralatan mahal atau idea yang rumit.
Kadangkala, kreativiti tercetus daripada situasi yang paling biasa. Dalam banyak keadaan, kreativiti juga mampu mencetuskan momen-momen yang menghiburkan.
Seperti yang diketahui. layang-layang pula merupakan sejenis permainan tradisional atau objek ringan yang diterbangkan menggunakan hembusan angin.
Sejak dahulu lagi, permainan ini menjadi aktiviti kegemaran masyarakat dan terus diwarisi serta dimainkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial memaparkan seorang lelaki bermain layang-layang di luar kawasan rumah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @aqmareekay di TikTok, suaminya dilihat bermain layang-layang bersama kanak-kanak.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai ialah cara lelaki tersebut mengawal layang-layang itu menggunakan joran, satu pendekatan yang jarang dilihat dan cukup kreatif.
Tindakannya bukan sahaja mencuri tumpuan orang sekeliling, malah membuktikan bahawa kreativiti boleh hadir dalam apa jua keadaan.
"Sebenarnya inspired dari layang-layang eco shop," jelas @aqmareekay.
Tambahnya lagi, jiran sebelah rumah sedang bermain layang-layang yang menyebabkan anak mereka turut teringin untuk bermain.
"Kebetulan, memang ada layang-layang dekat rumah tapi talinya dah hilang," ujarnya.

Wanita itu juga mencadangkan kepada suaminya supaya menggunakan joran yang ada, daripada hanya disimpan sahaja.
Namun, cadangan tersebut tidak digunakan pada hari yang sama, sebaliknya selepas dua hari barulah lelaki itu rela mencuba.
Video tersebut nyata mencuit hati netizen yang rata-ratanya terhibur melihat kreativiti pasangan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi.
Kebanyakannya kagum dengan kreativiti dan tidak melepaskan peluang untuk berseloroh serta bergurau mengenai layang-layang tersebut.

"Terima kasih kak sebab dia gembira walaupun tak ke laut," komen seorang wargamaya.
"Janji tak kumpau," tulis seorang pengguna TikTok.
"Tak dapat pergi mancing boleh aah training memancing ikan pakai ni," komen seorang lagi wargamaya.