Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Seramai 22 juta pemegang MyKad berumur 18 tahun ke atas akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekali bayar bermula esok (9 Februari).
Menerusi hantaran @MOFmalaysia di laman X, inisiatif di bawah Kerajaan Madani ini dilaksanakan secara berterusan untuk meringankan kos sara hidup rakyat serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terpelihara.
Melalui program SARA Untuk Semua, penerima hanya perlu membawa MyKad untuk membeli barangan keperluan asas yang disenaraikan di bawah skim tersebut.
Kemudahan ini boleh digunakan di lebih 10,000 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.
"22 juta rakyat Malaysia menerima manfaat SARA Untuk Semua di bawah inisiatif Kerajaan MADANI, sebagai usaha berterusan meringankan kos sara hidup dan memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara
"Hanya membawa MyKad, penerima boleh menggunakan RM100 secara one-off untuk membeli barangan keperluan asas yang disenaraikan di bawah inisiatif SARA di lebih 10,000 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara," ujar hantaran itu.
Orang ramai boleh menyemak kelayakan dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai SARA melalui laman web rasmi di sara.gov.my.
Berikut cara untuk membuat semakan:
Anda perlu buka laman web https://sara.gov.my/
Tekan pada bahagian Semak Kelayakan
Masukkan nombor kad pengenalan
Status kelayakan anda akan terpapar
Bantuan RM100 itu akan dikreditkan melalui MyKad.
Seramai 22 juta rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada bantuan ini.
Langkah-langkah untuk beli barangan
Pilih barangan keperluan - Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
Tunjuk MyKad untuk pengesahan - Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
Imbas kod barangan - Juruwang mengimbas setiap barang yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
Bayar menggunakan MyKad - Penerima bantuan membuat bayaran menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian.
Simpan resit untuk semakan - Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.