Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Petrol & Diesel Tanpa Subsidi Turun Mulai Esok

Harga Petrol & Diesel
Kredit: Bernama

Harga RON95, RON97 dan diesel tanpa subsidi turun berkuat kuat bagi tempoh 12 hingga 18 November.

Iklan

Harga petrol & diesel turun

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa RON95 turun sebanyak 40 sen iaitu daripada RM4.27 seliter kepada RM3.87 seliter.

RON97 pula turun 50 sen daripada RM4.70 seliter kepada RM4.20 seliter.

Manakala, diesel turun sebanyak 25 sen daripada RM5.12 seliter kepada RM4.87 seliter.

Menurut MOF, harga baharu itu ditetapkan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau menurun dalam tempoh pengiraan APM, seiring dengan penyusutan harga minyak mentah dunia dan peningkatan bekalan bahan api bertapis di pasaran serantau.

“Walau bagaimanapun, selagi konflik di Iran belum mencapai penyelesaian, harga petroleum dunia kekal terdedah kepada turun naik ketara.

“Serangan terbaharu terhadap kapal tangki di Selat Hormuz menunjukkan risiko gangguan bekalan masih wujud,” kata MOF.

Tambahnya lagi, kerajaan kekal komited melindungi rakyat dan perniagaan melalui pelaksanaan subsidi bahan api bersasar BUDI MADANI.

Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027, subsidi bahan api dijangka kekal tinggi sekitar RM40 bilion pada tahun hadapan bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup.

Intipati
  • RON95 tanpa subsidi turun 40 sen kepada RM3.87 seliter mulai 12 November.
  • RON97 turun 50 sen kepada RM4.20, manakala diesel turun kepada RM4.87 seliter.
  • MOF berkata harga baharu ditetapkan mengikut formula APM dan perkembangan pasaran serantau.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan