Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
YDH CP Dato’ Fadil bin Hj. Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur hari ini hadir menyampaikan sidang media berkenaan Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH).
Sidang media itu diadakan di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran Polis KL di Facebook, beliau menegaskan bahawa isu-isu sensitif berkaitan Kaum, Agama dan Institusi Diraja (3R) diambil berat oleh pihak polis.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa komited memastikan keselamatan di sekitar Kuala Lumpur sentiasa terkawal.
Sebarang cubaan untuk mengeksploitasi isu 3R akan disiasat, manakala tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang mencetuskan kekacauan atau provokasi melampau.
Turut hadir pada sidang media itu ialah YDH ACP Gunalan A/L Muniandy, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Polis Kuala Lumpur, YDH ACP Zulkarnain bin Samsudin, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Kuala Lumpur, serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai rendah polis.