Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Seorang wanita mengalami strok selepas melakukan regangan leher untuk ketegangan ketika memandu pulang dari sebuah pasar raya, lapor portal Oddity Central.
Wanita tersebut, KayLynne Felthager sedang memandu pulang dari Walmart apabila dia mula terasa sakit kepala.
Lalu, dia secara spontan meregangkan leher ke arah kanan untuk melegakan ketegangan yang sudah menjadi tabiatnya.
Sejurus selepas terdengar bunyi pada lehernya, KayLynne merasakan satu sakit yang tajam di bahagian leher.
Difahamkan, kesakitan itu tidak reda dalam tempoh beberapa hari.
Namun begitu, dia hanya mengambil ubat penahan sakit yang dijual bebas tanpa mendapatkan rawatan perubatan.
Menurut portal Oddity Central, keadaan KayLynne Felthager menjadi semakin serius selepas lima hari.
"Saya nampak seperti cahaya yang sangat terang masuk melalui mata kanan, kemudian penglihatan saya hilang," katanya mengimbau kejadian itu.
Tidak lama selepas kehilangan penglihatan, KayLynne merasakan keseluruhan bahagian kanan tubuhnya mula berasa kebas dan kesemutan.
Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila dia mula kehilangan keupayaan untuk bertutur dengan jelas.

Kata-katanya menjadi tidak teratur dan sukar difahami, menyebabkan suaminya segera membawanya ke hospital.
Setibanya di hospital, doktor menjalankan imbasan CT dan mengesahkan bahawa KayLynne telah mengalami strok.
Selepas dimaklumkan tentang kesaktan leher yang dialaminya beberapa hari sebelum itu, pihak perubatan menjelaskan bahawa perbuatan tersebut telah menyebabkan koyakan pada arteri.
Keadaan itu kemudiannya mengakibatkan pembekuan darah bergerak ke otak dan mencetuskan strok.
Difahamkan, darah beku tersebut larut dengan cepat dan doktor tidak perlu melakukan pembedahan.
Dalam satu lagi kejadian, KayLynne berkata ketika dia sedang bersiap sebelum keluar temu janji, satu cahaya terang tiba-tiba muncul di hadapan matanya sebelum penglihatannya hilang, lapor portal Oddity Central.
Kelipan mata berulang kali tidak membantu, namun selepas kira-kira 15 minit, penglihatannya kembali pulih.
Pada ketika itu, dia menganggapnya sebagai kejadian kecil dan tidak mengambil serius.

KayLynne Felthager kini telah pulih sepenuhnya. Namun begitu, pengalaman itu mengubah cara dia melihat kesihatan diri serta betapa pantas keadaan boleh menjadi serius tanpa disangka-sangka.
Difahamkan, leher merupakan antara bahagian tubuh yang sangat sensitif.
Pergerakan yang kelihatan mudah, seperti memusingkan kepala dengan terlalu kuat atau terlalu pantas boleh membawa risiko serius.