Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Kredit: Yayasan Tunku Abdul Rahman
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini

BERNAMA

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) dibuka secara rasmi mulai hari ini bersempena tarikh lahir Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata permohonan yang dibuka hingga 8 April depan itu, terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti awam atau swasta tempatan merangkumi pelbagai bidang.

Beliau berkata pembukaan permohonan BTAR bersempena ulang tahun ke-123 Perdana Menteri Malaysia pertama itu, mencerminkan kesinambungan visi Tunku Abdul Rahman yang menekankan pendidikan sebagai jambatan masa depan dan asas pembinaan negara bangsa.

“BTAR adalah biasiswa komprehensif bagi menyokong pelajar berkeperluan dan berpotensi tinggi untuk melanjutkan ijazah sarjana muda di universiti awam atau swasta tempatan.

“Biasiswa ini menggunakan pendekatan penilaian yang holistik dengan mengambil kira latar belakang, cabaran dan keadaan kehidupan serta aspirasi calon,” katanya ketika berucap pada Majlis Memperingati Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj: Negarawan Ulung Pengasas Negara Bangsa di Muzium Negara di sini hari ini.

Aaron berkata permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) di www.yayasantar.org.my.

Dalam pada itu, Aaron berkata legasi serta falsafah kepimpinan Tunku Abdul Rahman dalam pembinaan negara bangsa terus dijadikan teras oleh Kementerian Perpaduan Negara bagi memperkukuh perpaduan dalam landskap masyarakat majmuk yang semakin kompleks.

Beliau berkata Tunku Abdul Rahman bukan sahaja memimpin negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, malah membina kerangka kenegaraan yang kukuh dan berteraskan nilai demokrasi, kedaulatan undang-undang serta perpaduan rakyat yang kekal relevan hingga kini.

“Dalam sebuah negara yang majmuk, Almarhum Tunku dengan berani telah memperkenalkan politik muafakat dan perkongsian kuasa, iaitu suatu pendekatan yang mendahului zamannya. Pesan Almarhum Tunku bahawa “We must think as Malaysians, not as Malays, Chinese or Indians”,” katanya.

Aaron berkata gagasan negara bangsa kini diberi penekanan semula oleh kementeriannya sebagai wahana penyatuan, khususnya ketika negara berdepan cabaran polarisasi sosial, perpezaan pandangan dan jurang persefahaman.

Beliau berkata negara bangsa merujuk kepada sebuah negara berdaulat yang rakyatnya berkongsi identiti nasional, nilai sepunya serta semangat kebersamaan sebagai satu bangsa Malaysia, berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

“Bagi memastikan aspirasi ini difahami, dihayati dan diterima oleh seluruh lapisan masyarakat, Kementerian Perpaduan Negara akan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk sesi libat urus, perbincangan meja bulat, sesi townhall serta penganjuran Persidangan Negara Bangsa pada September ini,” katanya.