Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Skechers kembali bergabung dengan anime popular Demon Slayer menerusi pelancaran koleksi terbaharu Skechers x Demon Slayer.
Selepas kejayaan besar kolaborasi sulung mereka pada tahun 2022, kerjasama ini kembali dengan skala lebih besar, bukan sahaja menampilkan kasut, malah turut merangkumi Foamies®, pakaian serta aksesori untuk lelaki dan wanita.
Koleksi ini diinspirasikan daripada watak kegemaran peminat seperti Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado, Zenitsu Agatsuma, Inosuke Hashibira, serta barisan Hashira termasuk Giyu Tomioka, Mitsuri Kanroji, Muichiro Tokito dan Shinobu Kocho.
Setiap rekaan menampilkan elemen ikonik Demon Slayer seperti simbol 滅 (Metsu), motif pedang Nichirin dan warna khas setiap watak, menjadikan setiap helaian dan kasut bukan sekadar fesyen, tetapi simbol identiti peminat anime.
Antara yang mencuri tumpuan ialah Skechers Monster Evo, kasut streetwear dengan rekaan berani yang digabungkan bersama teknologi Skechers Air-Cooled Memory Foam® untuk keselesaan sepanjang hari. Bagi gaya santai pula, koleksi Foamies® Surge Sandals dan Foamies® Tai menawarkan rekaan ringan, kalis air dan sesuai untuk pemakaian harian.
Koleksi pakaian pula merangkumi baju-T dan sweater uniseks dengan visual anime yang menonjol, manakala barisan aksesori seperti topi, tote bag, sling bag dan stokin melengkapkan gaya streetwear diinspirasikan Demon Slayer daripada kepala hingga ke kaki.
Koleksi Skechers x Demon Slayer kini boleh didapati di butik Skechers terpilih dan secara dalam talian di Malaysia.