Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

HKTB Melancarkan Panduan Pelancongan Bertemakan Filem “Hong Kong Good Take”, Mengajak Rakyat Malaysia Menghayati Semula Babak Ikonik Filem Hong Kong

Hong Kong Good Take

Kuala Lumpur, 17 November 2026 - Bagi ramai rakyat Malaysia, filem Hong Kong dan drama TVB sudah sebati dengan kenangan zaman membesar. Daripada babak filem ikonik hingga lokasi penggambaran drama yang sukar dilupakan, Hong Kong telah lama memikat imaginasi penonton menerusi jalan raya, kawasan kejiranan dan mercu tanda yang ikonik. Kini, peminat berpeluang melawat sendiri lokasi-lokasi tersebut dan merasai yang sebelum ini hanya disaksikan di kaca televisyen atau layar perak..

Iklan

Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) telah melancarkan “Hong Kong Good Take”, sebuah panduan pelancongan baharu bertemakan filem yang menampilkan lebih daripada 100 lokasi penggambaran daripada 50 filem terpilih. Dengan menghimpunkan mercu tanda ikonik yang pernah muncul dalam filem, tarikan budaya serta pengalaman kulinari tersendiri, inisiatif ini mengajak pengunjung menerokai semula Hong Kong menerusi filem dan kisah yang menjadikan bandar ini terkenal sebagai “Hollywood Timur”.

Pengerusi HKTB, Dr Peter Lam berkata, “Susulan pelancaran panduan gastronomi ‘Taste Hong Kong’ pada awal tahun ini, yang memperkenalkan pelbagai cita rasa di seluruh bandar dengan bimbingan cef-cef terkemuka, kami terus mengajak pengunjung menerokai kawasan kejiranan Hong Kong daripada perspektif berbeza. ‘Hong Kong Good Take’ menggabungkan budaya filem dan televisyen dengan promosi pelancongan untuk memperluas potensi pelancongan berasaskan filem. Inisiatif ini mengajak pengunjung menjejakkan kaki ke lokasi babak filem kegemaran mereka, merasai keunikan Hong Kong yang mempertemukan budaya Timur dan Barat dengan tradisi dengan kemodenan, di samping menemui lebih banyak pengalaman pelancongan istimewa yang hanya boleh dinikmati di Hong Kong.”

Setiausaha Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, Rosanna Law berkata, “Filem dan penerbitan televisyen merupakan antara medium paling berkesan untuk memperkenalkan keunikan Hong Kong. Kami akan terus mempromosikan tarikan berteraskan budaya filem dan televisyen, seperti ‘Kowloon Walled City: A Cinematic Journey’ dan ‘Yau Ma Tei Police Station: A Cinematic Journey’, yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan penduduk tempatan dan pengunjung. Kami akan terus memanfaatkan kekayaan warisan perfileman Hong Kong untuk mengolah lebih banyak tema filem ikonik menjadi pengalaman pelancongan, sekali gus menawarkan lebih banyak pengalaman pelancongan kebudayaan kepada pengunjung.”

Panduan dan Itinerari Bertemakan Filem Menampilkan Lebih 100 Lokasi Penggambaran daripada 50 Filem

Daripada jalan raya yang sibuk dan mercu tanda bersejarah hingga pemandangan tepi laut serta kawasan kejiranan yang menarik, “Hong Kong Good Take” memperlihatkan pelbagai sisi bandar ini menerusi lokasi penggambaran dan kisah di sebalik setiap lokasi tersebut.

HKTB bersama rakan industri pelancongan telah memperkenalkan panduan dan itinerari bertemakan filem yang menggabungkan budaya filem dan televisyen dengan pengalaman menerokai kawasan kejiranan serta menikmati makanan tempatan. Panduan and itinari ini boleh diakses melalui laman web Discover Hong Kong dan membawa pengunjung ke kawasan seperti Old Town Central, Sham Shui Po dan Yau Ma Tei. Di sini, pengunjung boleh menjejak tempat penggambaran yang pernah dilihat di layar perak sambil menikmati makanan tempatan serta mengenali budaya dan kehidupan masyarakat setempat.

Terokai Hong Kong Menerusi Pengalaman dan Kisah Bertemakan Filem

Selain panduan tersebut, satu siri artikel khas akan diterbitkan secara berperingkat bagi memberik inspirasi baharu kepada peminat filem dan pengunjung, antaranya:

Hong Kong Good Take: Alami Sendiri Babak Filem – Terokai pelbagai tarikan berkaitan perfileman dengan mengunjungi Broadway Cinematheque, melihat cap tangan serta patung gangsa bintang filem di Avenue of Stars, dan melawat Hong Kong Heritage Museum serta Hong Kong Film Archive yang menempatkan koleksi warisan perfileman Hong Kong.

Melangkah ke Dunia Layar Perak: Pengalaman Sinematik yang Mengasyikkan dan Legasi Abadi Anita Mui, Ratu Serba Boleh Sinema Hong Kong – Terokai Hong Kong menerusi kisah dan legasi layar perak dua ikon perfileman tersohor bandar ini, Leslie Cheung dan Anita Mui.

Cita Rasa Hong Kong Menerusi Filem – Menampilkan babak ikonik berkaitan makanan dalam filem-filem klasik dan membawa pengunjung menerokai dunia kulinari Hong Kong yang memadukan cita rasa Timur dan Barat.

Bersempena dengan acara perfileman utama seperti Hong Kong International Film Festival, kempen ini juga akan mengetengahkan pandangan pengarah, penggiat kreatif dan pihak produksi antarabangsa, sekali gus menyerlahkan peranan Hong Kong sebagai lokasi penggambaran bagi projek filem dan televisyen antarabangsa.

Sama ada menjejak lokasi penggambaran filem klasik kegemaran atau menerokai sisi baharu bandar ini, “Hong Kong Good Take” menawarkan satu lagi sebab untuk menjadikan Hong Kong sebagai destinasi percutian pilihan. Terokai panduan ini dan mula merancang perjalanan anda yang dinspirasikan oleh filem di https://www.discoverhongkong.com/eng/themed-travel/hong-kong-good-take.html.