Skechers, jenama kasut global yang terkenal dengan teknologi keselesaan dan kasut gaya hidup serta prestasi, telah mengukuhkan kehadirannya di utara tanah air menerusi pembukaan kedai konsep terbaharu di The Waterfront Shoppes, Gelugor, Pulau Pinang.
Pembukaan kedai berkeluasan 4,361 kaki persegi itu turut menjadikan Skechers antara jenama terawal yang memulakan operasi di pusat beli-belah berkenaan, yang merupakan antara pusat beli-belah terbesar di Pulau Pinang.
Menampilkan konsep peruncitan moden, kedai konsep terbaharu Skechers itu direka dengan pencahayaan tersusun serta ruang yang luas dan terbuka bagi memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa kepada pengunjung.

Selain itu, paparan LED dinamik turut mengetengahkan koleksi terbaharu jenama berkenaan bersama duta jenamanya, termasuk atlet pickleball Skechers, Tyson McGuffin, serta Duta Jenama Skechers Asia Pasifik, Apo Nattawin Wattanagitiphat.
Kedai berkenaan turut menghimpunkan pelbagai pilihan kasut, pakaian dan aksesori Skechers menerusi beberapa bahagian khusus, termasuk Lifestyle, Performance, Women, Men, Kids dan Foamies®.

Bagi penggemar aktiviti sukan dan kecergasan, bahagian Performance menawarkan koleksi kasut yang direka untuk pelbagai aktiviti seperti berlari, berjalan, pickleball dan golf.
Antara koleksi kasut terbaharu yang turut ditawarkan ialah Skechers GOwalk Glide Step 2.0™, kasut berjalan kaki yang direka untuk memberikan keselesaan sepanjang hari.
Koleksi tersebut turut menampilkan duta jenama serantau Skechers daripada kumpulan SEVENTEEN iaitu DK, SEUNGKWAN dan DINO.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat koleksi Skechers Pickleball Paddles® serta Skechers AERO Elite™ yang menawarkan pilihan kasut untuk keperluan prestasi.
Menurut Pengurus Besar Kanan Skechers Malaysia, Stephanie Chang, pembukaan kedai konsep itu merupakan sebahagian daripada usaha jenama berkenaan untuk mendekati pelanggan di Pulau Pinang dan kawasan utara Malaysia.
Beliau turut menyifatkan Pulau Pinang sebagai pasaran penting buat Skechers, selain menyatakan bahawa pembukaan kedai baharu itu membolehkan pelanggan menikmati pilihan koleksi gaya hidup dan prestasi yang lebih meluas di bawah satu bumbung.
Bagi memeriahkan pembukaan tersebut, Skechers turut menawarkan beberapa promosi istimewa dan aktiviti menarik kepada pengunjung, termasuk diskaun pembelian, ganjaran ahli serta cabaran langkah di dalam kedai.
Antara tawaran yang diperkenalkan ialah diskaun 11 peratus untuk pembelian item pertama, 22 peratus untuk item kedua dan 33 peratus untuk item ketiga bagi produk kasut, pakaian dan aksesori terpilih pada harga biasa dalam satu resit.

Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM450 dalam satu resit turut layak menerima beg percuma bernilai RM139, tertakluk kepada terma dan syarat serta selagi stok masih ada.

Selain itu, pelanggan yang mengikuti akaun Instagram rasmi Skechers Malaysia, @skechersmalaysia, dan mendaftar sebagai ahli Skechers berpeluang menerima baucar diskaun RM100.
Pengunjung juga dapat menikmati popcorn percuma pada 31 Oktober dan 1 November, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Tidak ketinggalan, Skechers turut mengadakan cabaran GOwalk Glide-Step 2.0™ yang menguji keupayaan peserta melengkapkan 50 langkah dalam tempoh 30 saat dengan memakai kasut koleksi berkenaan dan menggunakan alat pengira langkah.
Peserta yang berjaya menyelesaikan cabaran itu berpeluang memenangi baucar diskaun 10 peratus untuk pembelian kasut Skechers GOwalk Glide-Step 2.0™.
