Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Skechers Bawa Koleksi Eksklusif Bersama Apo Nattawin Ke Malaysia Buat Pertama Kali

Peminat pelakon Thailand, Apo Nattawin Wattanagitiphat, kini berpeluang mendapatkan koleksi fesyen eksklusif hasil kolaborasinya bersama jenama kasut dan gaya hidup, Skechers.

Dikenali sebagai SkechVibe X APO555, koleksi istimewa ini dibawa ke Malaysia buat pertama kali selepas diperkenalkan di Thailand.

Menariknya, koleksi ini mendapat sentuhan peribadi Apo yang diinspirasikan daripada minatnya terhadap aktiviti melancong dan fotografi.

Menerusi kolaborasi ini, beberapa elemen yang dekat dengan kehidupan Apo turut diterapkan dalam rekaan pakaian, termasuk imej kucing peliharaannya yang bernama MeewGu serta gambar hitam putih yang dirakam sendiri ketika mengembara.

Koleksi tersebut menampilkan enam rekaan baju-T lengan pendek uniseks yang hadir dalam dua pilihan warna, iaitu Snow White dan Black Beauty.

Selain itu, terdapat juga beg tote daripada fabrik kanvas twill yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti harian.

Dari segi harga, setiap baju-T dijual pada harga RM179, manakala beg tote ditawarkan pada harga RM99.

Untuk rekod, Apo dilantik sebagai Duta Jenama Skechers Asia Pasifik pada April 2026. Beliau merupakan duta pertama Skechers yang mengembangkan peranan daripada duta peringkat negara kepada peringkat Asia Pasifik.

Bagi peminat yang berminat mendapatkan koleksi ini, ia boleh didapati secara eksklusif di beberapa cawangan terpilih Skechers di Malaysia, antaranya:

  • 1 Utama Shopping Centre

  • AEON Mall Bandaraya Melaka

  • Gurney Plaza

  • IOI City Mall

  • Mid Valley Megamall

  • Pavilion Bukit Jalil

  • Pavilion Kuala Lumpur

  • Queensbay Mall

  • Sunway Pyramid

  • Suria KLCC

  • The Exchange TRX

Koleksi SkechVibe X APO555 turut boleh dibeli menerusi laman web rasmi Skechers Malaysia di skechers.com.my.