Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
5 resipi ayam
Kredit: @dapurtiyah & @adikfoods
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa

Aina Munirah

5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa

Menjelang bulan puasa yang akan menjelma beberapa hari sahaja lagi, pasti masing-masing sibuk memikirkan menu atau juadah apa yang sesuai untuk dihidangkan sewaktu berbuka puasa.

Mungkin bagi sesetengah individu, membeli di bazar Ramadan ataupun di kedai makan sudah cukup memadai. Namun, bagi individu yang kesuntukan masa untuk singgah membeli, mungkin memasak sendiri di rumah lebih menyenangkan.

Bukan itu sahaja, memasak di rumah juga tentunya jauh lebih jimat. Tapi, mungkin anda kekeringan idea ataupun tidak tahu apa lagi menu yang boleh disajikan.

Jangan risau, ini lima menu ayam yang sesuai disajikan sepanjang bulan puasa nanti. Jangan lupa untuk mencuba!

1. Ayam Kuah Kacang

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan kacang tanah

  • 20 tangkai cili kering

  • 5 ke 6 ulas bawang putih

  • 1 biji bawang besar

  • 1 1/2 inci lengkuas

  • 2 batang serai

  • Air

  • Minyak

  • 1 ekor ayam potong

  • Garam

  • Serbuk perasa

  • Air asam sawa

  • 1/2 kotak santan pekat

  • 1 atau 2 ketul gula kabung

Cara penyediaan:

  1. Goreng kacang tanah bersama dengan kulit sehingga ia berubah berwarna keperangan.

  2. Selepas perang, angkat dan toskan dan biarkan ia sejuk seketika.

  3. Sementara itu, tumis cili kering, bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas dan serai sehingga wangi dan keperangan.

  4. Angkat dan ketepikan. Biarkan ia suam seketika.

  5. Selepas itu, anda boleh mula kisar kering kacang tanah anda. Anda boleh mengisar kacang tanah tersebut mengikut citarasa anda. Sekiranya anda mahukan ia sedikit halus, kisarkan sedikit lama.

  6. Selepas itu, kisarkan juga bahan yang anda telah goreng tadi. Masukkan juga sedikit air.

  7. Panaskan minyak dan anda boleh mula menumis bahan kisaran tadi. Pastikan minyak tidak terlalu banyak.

  8. Kemudian, masukkan ayam dan kacang tanah yang telah dikisar tadi.

  9. Seterusnya, gaul sehingga kesemuanya bersatu dan sebati.

  10. Selepas semuanya sebati, anda boleh mula masukkan garam dan serbuk perasa.

  11. Pastikan api tidak dibuka terlalu kuat bagi mengelakkan bahagian bawahnya menjadi hangus.

  12. Masukkan pula air asam jawa dan santan pekat.

  13. Gaul sebati dan renehkan sebentar.

  14. Masukkan pula gula kabung. Biarkan sehingga ia memekat dan berubah menjadi sedikit gelap.

  15. Setelah ia pecah minyak, bermakna ayam kuah kacang anda siap untuk dinikmati.

Menu ini bukan sahaja sesuai untuk dimasak sebagai menu berbuka puasa, malah turut sesuai dimasak pada hari raya. Selamat mencuba! Anda boleh tonton video di bawah ini untuk melihat cara penyediaan dengan lebih jelas

2. Ayam Kurma Gajus

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar

  • 5 ulas bawang putih

  • 1 inci halia

  • 50g gajus (rendamkan dengan sedikit air)

  • 3 helai daun bay

  • Rempah 3 sekawan

  • 1 biji bawang hiris

  • 1 sudu kecil jintan manis

  • 5 biji cili hijau besar dipotong

  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar

  • 1 sudu kecil rempah garam masala

  • 1 sudu besar serbuk cili

  • Air

  • Garam

  • Serbuk perasa

  • 100ml santan

  • 3 sudu besar yogurt

  • Ayam yang telah digoreng separuh masak

  • Bawang goreng

  • Daun ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, sediakan bahan untuk dikisar terlebih dahulu. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan gajus sehingga lumat.

  2. Selepas itu, siapkan pula bahan untuk menumis. Tumiskan daun bay, rempah 3 sekawan, bawang yang telah dihiris dan jintan manis.

  3. Masukkan juga cili hijau besar tadi dan tumis sehingga naik bau.

  4. Seterusnya, masukkan pula bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga pecah minyak.

  5. Maukkan serbuk ketumbar, rempah garam masala dan serbuk cili.

  6. Aduk rata dan masukkan air, garam dan serbuk perasa.

  7. Kemudian, anda boleh masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak, masukkan santan dan tambah 1/2 cawan air.

  8. Masukkan pula yogurt dan aduk sebati. Biarkan ia menddih.

  9. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun ketumbar.

  10. Ayam kurma gajus anda sedia untuk dinikmati.

Anda boleh tonton video di bawah ini untuk melihat cara penyediaan dengan lebih jelas

3. Ayam Ungkep

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang putih

  • 5 biji bawang merah

  • 1 inci halia

  • 1 inci kunyit hidup

  • 15-20 biji cili padi

  • Minyak/air

  • Ayam 1/2 ekor (digaram kunyit)

  • 3 batang serai

  • 1-1/2 sudu besar serbuk ketumbar

  • 1 sudu besar serbuk jintan manis

  • 1-2 keping asam keping

  • 1/2 sudu kecil gula

  • Serbuk perasa

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, sediakan ayam dahulu. Perapkan dengan garam dan serbuk kunyit.

  2. Selepas itu, sediakan pula bahan untuk dikisar.

  3. Sediakan bawang putih, bawang merah, halia, kunyit hidup, cili padi, minyak atau air.

  4. Kisar sehingga halus.

  5. Selepas itu, anda boleh mula menumis bahan kisar tadi. Masukkan juga serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis.

  6. Masukkan juga ayam yang telah diperap tadi dan kacau sebati.

  7. Masukkan juga air dan asam keping. Tutup periuk terlebih dahulu dan biarkan sehingga ia kering dan pecah minyak.

  8. Seterusnya, masukkan serbuk perasa, gula dan garam.

  9. Gaul sebati dan ayam ungkep anda siap untuk dihidang.

Anda boleh tonton video di bawah ini untuk melihat cara penyediaan dengan lebih jelas

4. Kari Ayam Nyonya

Bahan-bahan:

  • 8 ketul peha ayam

  • Satu genggam cili kering

  • 2 labu bawang besar

  • 3 ulas bawang putih

  • 6 biji buah keras

  • 3 batang serai dipotong kecil

  • 1 ibu jari halia, kunyit & lengkuas

  • Belacan sejemput

  • Air untuk kisar

  • Minyak masak

  • Serai yang telah diketuk

  • Daun limau purut

  • Air

  • Air asam jawa

  • Garam & gula

  • Santan

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, sediakan bahan untuk dikisar dahulu. Sediakan cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, buah keras, serai, hali, kunyit, lengkuas, dan belacan.

  2. Kisarkan sehingga lumat dan masukkan juga sedikit air.

  3. Selepas itu, panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing dan pecah minyak.

  4. Seterusnya, masukkan ayam, serai dan daun limau purut. Kacau sebati dan biarkan ayam tersebut kecut atau separa masak, barulah masukkan air dan air asam jawa.

  5. Perasakan juga dengan garam dan gula. Renehkan dan biarkan sehingga ayam betul-betul empuk.

  6. Akhir sekali, masukkan santan. Sekiranya anda ingin ia sedikit berlemak, anda boleh lebihkan santan.

  7. Kacau sebati dan siap untuk dihidang.

Anda boleh tonton video di bawah ini untuk melihat cara penyediaan dengan lebih jelas

5. Ayam Goreng Pedas Daun Kesum

Bahan-bahan:

  • Mentega

  • Ayam (potong kecil dan gaul bersama garam & kunyit)

  • 2 ikat daun kesum

  • 3 batang serai

  • 2 sudu besar sos tiram

  • 2 sudu besar sos ikan

  • 1 sudu besar gula thai atau gula perang

  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam

  • Garam secukup rasa

  • 1 sudu kecil pes asam jawa

  • 3/4 cawan air

  • 7 biji bawang putih

  • 21 biji cili padi

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, goreng daun kesum sehingga garing. Kemudian, masukkan serai yang telah dipotong dan cili kering. Goreng kesemuanya hingga bertukar warna dan angkat.

  2. Goreng pula ayam yang telah digaul bersama garam dan kunyit dan ketepikan.

  3. Cairkan mentega, masukkan cili padi dan bawang putih yang telah dikisar dan tumis hingga terbit minyak.

  4. Masukkan pula sos tiram, sos ikan, gula thai atau gula biasa, serbuk pati ayam, garam dan air asam jawa.

  5. Selepas itu, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

  6. Masukkan air sekiranya ia terlalu kering.

  7. Gaul rata dan masukkan daun kesum, serai dan cili kering yang digoreng garing tadi.

  8. Gaul sebati dan ayam goreng pedas daun kesum anda siap dihidang.

Anda boleh tonton video di bawah ini untuk melihat cara penyediaan dengan lebih jelas

Jadi, apa tunggu lagi, jom cuba resipi-resipi yang yang telah dikongsi ini. Semoga bermanfaat!