Resipi Ubi Keledek Goreng Bersambal, Menu "Simple" Untuk Bulan Puasa
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum seluruh umat Islam menyambut kehadiran bulan Ramadan, sudah tentu ramai yang teruja dan tidak sabar. Dari persiapan mental dan fizikal untuk berpuasa, sehinggalah perancangan menu untuk berbuka dan sahur, semuanya mula difikirkan dengan lebih awal.
Bukan itu sahaja, bazar Ramadan atau gerai jualan di pinggir jalan juga bakal dipenuhi dengan pelbagai aroma makanan, senarai juadah dan menu-menu unik.
Namun begitu, pasti ada antara kita yang mungkin jemu untuk membeli juadah di bazar setiap hari.
Jadi, apa kata kalau anda cuba resipi ubi keledek goreng bersambal yang telah dikongsi oleh Dapur Rahayu di laman Facebook miliknya.
Ujarnya, juadah ini boleh dijadikan stok sebagai menu untuk berbuka puasa atau bersahur. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Bahan-bahan
Cara penyediaan
Mula-mula sediakan ubi keledek. Kupas ubi tersebut dan cuci hingga bersih.
Selepas itu, anda boleh parut halus ubi tersebut sehingga selesai. Kemudian, masukkan garam, serbuk penaik dan air. Rendamkan dan diamkan seketika selama 15 minit.
Sementara itu, anda boleh mula kisarkan bawang putih, cili merah kerinting, cili padi dan air.
Kisar sehingga halus. Selepas selesai mengisar, anda boleh mula goreng ubi anda.
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum mula menggoreng. Selepas itu, masukkan ubi dan goreng sehingga keperangan.
Ingat, pastikan api dalam keadaan besar dan sentiasa pusing ubi tersebut bagi mengelakkan ia menempel.
Kemudian, selepas ubi keperangan, anda boleh angkat dan toskan. Goreng pula kacang tanah sehingga masak. Angkat dan toskan.
Setelah itu, anda boleh mula tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga betul-betul masak dan garing. Masukkan pula garam, serbuk perasa gula dan air asam jawa.
Masak sambal sehingga betul-betul likat dan kental. Kemudian, sejukkan. Selepas sambal sejuk, masukkan ubi yang telah digoreng tadi bersama dengan kacang tanah.
Kacau rata dan siap untuk dihidang. Jadi, anda boleh simpannya di dalam bekas dan dijadikan stok lauk sepanjang puasa nanti.
Selamat mencuba. Untuk melihat cara penyediaan dengan lebih teliti, anda boleh tonton video di bawah ini.