Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rakyat Malaysia sudah biasa disajikan dengan pelbagai makanan asia yang sememangnya lazat dan menyelerakan. Namun begitu, pernahkah anda terfikir untuk mencuba resipi daripada Mexico pula?
Menerusi satu hantaran di Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), pemilik akaun Siti Hazneza Abdul Hamid berkongsi beberapa gambar dan resipi dari awal pembuatan Jalapeno poppers, resipi Mexico yang diasimilasi dengan Amerika sehingga ia siap untuk dihidangkan.
Tidak menggunakan bahan yang banyak dengan proses pembuatan yang tidak merumitkan, resipi Jalapeno poppers ini pasti meningkatkan selera anda untuk mencuba sesuatu yang baharu.
“Siapa makan cili dia rasa pedas. Jalapeno poppers. J tu dibaca bunyi H. Jadi Halapeno poppers. Resipi Mexico yang diasimilasi dengan Amerika.
Pertama kali makan pun di Amerika. Beli empat biji sebab takut-takut.
Sekali rasa pergh! Sempat makan sebiji pasal anak dua orang masa itu pun makan seorang sebiji. Mana sebiji lagi? En. Anuar kan ada sekali, beliaulah makan.
Jalapeno seperti cili muda yang hijau cuma lebih gemuk dan montok. Memang sesuailah untuk hidangan ni.
Oleh sebab saya tak jumpa jalapeno, saya guna cili banji atau cili untuk solok lada. Rasanya lebih ummph sebab lebih pedas.”
1. Cili banji/ cili solok lada
2. Cream cheese pada suhu bilik secukupnya
3. Telur untuk celupan
4. Tepung goreng ayam

1. Basuh cili banji dan toskan. Tidak perlu keringkan. Lembap sedikit bahagian luar tidak mengapa.
2. Belah tengah tanpa putus. Jika tidak suka terlalu pedas, buang biji cili.

3. Sumbat cream cheese ke dalam cili dan bersihkan yang terkeluar.


4. Golek cili yang berinti ke dalam tepung – telur – tepung – telur – tepung. Letak sebelah.






5. Panaskan minyak dan goreng dalam minyak dalam dengan api sederhana sehingga tepung saduran garing.


6. Jika mahu hidang terus, hati-hati kerana Jalapeno Poppers sangat panas! Panas kerana minyak, panas kerana
cream cheese yang cair seperti lahar dan panas kerana pedas. Atau anda boleh sejukkan sedikit supaya suam sebelum dihidang.

Nampak sedap dan menyelerakan!
Selamat mencuba.
Sumber: