Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Tropicana Golf & Country Resort (TGCR) kembali lagi dengan Selera Muhibbah Buffet 2026. Berlangsung dari 21 Februari hingga 19 Mac 2026, buffet ini menampilkan 26 gerai makanan termasuk 10 stesen masakan secara langsung, dan diadakan di tiga lokasi utama dalam TGCR iaitu Twenty7 Restaurant, Golf Lounge dan Grand Ballroom, dari 7 malam hingga 10 malam setiap hari.
Antara menu istimewa yang diperkenalkan tahun ini termasuk:
Ayam Mentega Berkrim Delhi
Ikan Lemon Sutera
Kambing Rendang Warisan
Gulai Bebek Umbu Aceh
Daging Aroma Rebung Lemak Cili Api
Kambing Reneh Irawaddy
Kambing Bakar Haruman Sutera Bersama Nasi Mentari Chennai
Nasi Cendawan Berbumbu Lima
Karamel Nenas Bonda
Majlis turut diserikan dengan persembahan muzik secara langsung oleh kumpulan PJ Colours, memberikan suasana berbuka yang lebih santai dan meriah.
Raikan Ramadan Dengan Semangat Berkongsi
Dalam semangat memberi dan berkongsi rezeki, TGCR bersama rakan strategik Adabi Consumers Industries Sdn Bhd dan Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd telah menganjurkan program kebajikan “Majlis Bersama Anak-Anak Yatim & Rakan-Rakan Media”.
Seramai 90 kanak-kanak dari tiga rumah kebajikan iaitu Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Hajah Kamariah, Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah dan Pusat Tahfiz Darus Syabab telah diraikan dengan jamuan buffet, selain menerima duit raya, hamper dan beg hadiah. Setiap rumah kebajikan turut menerima sumbangan khas bagi menceriakan sambutan Aidilfitri mereka.
Pengerusi TGCR, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Bin Harun berkata, penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan TGCR dalam menyantuni komuniti yang memerlukan.
“Selama lebih 20 tahun, kami menjemput golongan kurang bernasib baik untuk bersama-sama menikmati rezeki Ramadan. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk terus menyemai nilai kasih sayang dan kebersamaan,” katanya.
Harga buffet ditawarkan bermula RM80, manakala untuk acara persendirian bermula RM98++.
Selepas Ramadan, TGCR turut akan memperkenalkan Pakej Jamuan Raya Bersama dari 21 Mac hingga 18 April 2026, juga bermula pada harga RM98++.
Tempahan buffet: 03-7804 8888
Acara persendirian: 1800 88 8128
Emel: salesmarketing@tropicanacorp.com.my