Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Yeo’s Lancar Teriyaki Tuna, Bawa Cita Rasa Jepun Dalam Hidangan Harian

Yeo’s kini memperkenalkan Yeo’s Teriyaki Tuna buat pertama kali di Malaysia menerusi kempen “Yeo’s Itadakimasu, Tuna with a Twist”, yang turut membawa pelbagai aktiviti bertemakan budaya Jepun di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Pelancaran ini merupakan sebahagian daripada usaha Yeo’s untuk terus memperkenalkan produk baharu yang sesuai dengan perubahan cita rasa dan gaya hidup pengguna.

Yeo’s Teriyaki Tuna menampilkan isi tuna yang lembut bersama sos teriyaki dengan gabungan rasa savuri dan manis, memberikan sentuhan Jepun kepada hidangan harian.

Selain Teriyaki Tuna, Yeo’s turut memperkenalkan Yeo’s Chilli Spicy Tuna, menawarkan satu lagi pilihan untuk pengguna menikmati tuna dengan cara yang mudah dan versatil.

Menurut Pengurus Besar Yeo’s Malaysia, Tan Mei Yen, inovasi terbaharu itu hadir sebagai usaha Yeo’s untuk memberikan pilihan yang lebih segar dan relevan kepada pengguna.

“Menerusi Yeo’s Teriyaki Tuna, kami memperkenalkan perisa baharu dan unik yang memberikan sentuhan moden kepada makanan ruji yang sudah biasa dinikmati, sekali gus membuka lebih banyak pilihan untuk keluarga dan generasi muda menikmati produk Yeo’s mengikut cita rasa semasa,” katanya.

Pengenalan produk tuna ini juga mengambil kira penerimaan makanan tersebut dalam kalangan pengguna di Malaysia.

Berdasarkan kajian Pemakanan dan Nutrisi, tuna merupakan ikan laut keempat paling kerap dimakan dalam kalangan responden di Semenanjung Malaysia.

Menurut Jabatan Perikanan Malaysia, sebanyak 431,000 kilogram tuna bernilai RM7.76 juta dibawa masuk ke Pulau Pinang pada 2024, meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Yeo’s berkata peningkatan itu menunjukkan permintaan terhadap tuna semakin mendapat tempat dalam landskap makanan laut tempatan.

Dari segi kandungan, Yeo’s Teriyaki Tuna tinggi protein dan merupakan sumber Omega-3, menjadikannya pilihan yang mudah untuk melengkapkan hidangan harian.

Ia boleh dinikmati begitu sahaja, bersama nasi atau mi, mahupun dijadikan bahan untuk pelbagai resipi.

Meriah Dengan Aktiviti Bertemakan Jepun

Pelancaran Yeo’s Teriyaki Tuna turut dimeriahkan dengan acara “Yeo’s Itadakimasu, Tuna with a Twist” yang berlangsung selama tiga hari, dari 2 hingga 4 Oktober 2026 di The Starhill Ground Floor Piazza, Bukit Bintang.

Pengunjung boleh mencuba Yeo’s Teriyaki Tuna menerusi hidangan istimewa, mengumpul setem di beberapa stesen aktiviti, bergambar di ruang foto bertemakan Jepun, bermain Gashapon dan menyaksikan pertandingan cosplay.

Pelbagai hadiah turut ditawarkan, termasuk produk Yeo’s, tambah nilai Touch ‘n Go, baucar onsen dan hadiah utama berupa tiket penerbangan ke Jepun.

Suasana Jepun turut dibawa ke sekitar Bukit Bintang apabila kru gerila Yeo’s tampil mengenakan kimono dan busana wafuku tradisional Jepun.

Aktivasi yang diinspirasikan daripada Shibuya Crossing di Tokyo itu bertujuan memberikan pengalaman Jepun yang lebih unik kepada orang ramai.

Peluang Menang Tiket Ke Jepun

Bagi yang terlepas acara tersebut, orang ramai masih berpeluang menyertai “Yeo’s To Japan Contest – Win Tickets to Japan” yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 30 November 2026.

Peserta hanya perlu membeli produk terpilih Yeo’s, termasuk Yeo’s Teriyaki Tuna atau Yeo’s Chilli Spicy Tuna, kemudian merakam foto atau video kreatif yang menunjukkan cara mereka menikmati produk tersebut.

Hantaran perlu dimuat naik di Facebook, Instagram atau TikTok dengan menandakan akaun rasmi Yeo’s.

Sebanyak 12 pemenang akan dipilih menerusi peraduan tersebut.

Untuk yang mahu mencuba, kedua-dua variasi baharu Yeo’s Tuna kini boleh didapati di pasar raya terpilih seperti Lotus’s, Village Grocer, Jaya Grocer, NSK Grocer, AEON dan Econsave.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Yeo’s Food Malaysia di Instagram, TikTok dan Facebook.