Setiap sambutan hari jadi, jamuan bersama keluarga dan pertemuan bersama rakan-rakan pastinya lebih bermakna apabila diraikan dengan makanan kegemaran.
Bagi Secret Recipe, momen seperti ini menjadi sebahagian daripada perjalanan jenama itu bersama rakyat Malaysia sejak sekian lama.
Seiring usaha untuk terus mendekatkan pelanggan dengan pengalaman menjamu selera, Secret Recipe memperkenalkan tiga tawaran baharu, iaitu Kek Chocolate Chip Walnut bersaiz enam inci, Celebration Box untuk pemberian kek serta set hidangan Jom Makan yang sesuai dinikmati bersama keluarga dan rakan.
Pengurus Pemasaran Secret Recipe, Ryan Chung berkata, jenama itu mahu terus menjadi sebahagian daripada momen istimewa pelanggan, sama ada ketika meraikan hari penting mahupun menikmati hidangan bersama insan tersayang.
Menurutnya, penawaran baharu itu diperkenalkan bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk berkumpul, menikmati makanan dan mencipta kenangan bersama.


Peminat Coklat Boleh Cuba Kek Chocolate Chip Walnut Baharu
Mengembangkan pilihan kek yang menjadi antara tarikan utama jenama itu, Secret Recipe memperkenalkan Chocolate Chip Walnut Cake dalam saiz enam inci dengan penampilan baharu mulai 23 November 2026.
Kek ini menggabungkan span koko lembut bersama krim coklat, selain dilapisi kacang walnut dari California dan cip coklat yang memberikan gabungan rasa coklat serta tekstur rangup.
Sesuai untuk sambutan hari jadi secara kecil-kecilan, perjumpaan keluarga atau sesi santai bersama rakan, kek ini ditawarkan pada harga RM13.50 bagi sepotong dan RM98 untuk sebiji kek bersaiz enam inci.
Ia boleh didapati di cawangan Secret Recipe terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia.
Celebration Box Jadikan Pemberian Kek Lebih Istimewa
Selain pilihan kek baharu, Secret Recipe turut memperkenalkan Celebration Box, iaitu kotak khas untuk kek bersaiz enam inci yang membolehkan pelanggan menyediakan hadiah kek dengan lebih mudah.
Kotak berkenaan hadir dengan rekaan lutsinar yang diperbaharui serta pemegang reben merah, menjadikan kek lebih menarik untuk diberikan sempena pelbagai jenis sambutan.

Setiap pembelian turut disertakan pilihan lilin dan hiasan kek (cake topper), termasuk lilin berwarna emas dan perak, lilin bunga api serta lilin berbentuk beruang.
Menariknya, setiap kotak turut dilengkapi kad gores dan menang yang menawarkan pelbagai ganjaran kepada pelanggan.
Sebanyak 29 pemenang bertuah berpeluang memenangi bekalan kek secara percuma selama setahun. Selain itu, pelanggan juga berpeluang mendapatkan baucar potongan harga kek dengan harga RM2.90 bagi setiap potongan kek, selain baucar tunai bernilai RM2.90.
Pakej Celebration Box merangkumi:
Satu Celebration Box
Satu set lilin pilihan daripada koleksi yang tersedia
Satu hiasan kek pilihan mengikut rekaan yang ditawarkan
Satu kad gores dan menang
Ditawarkan mulai 19 November 2026, pelanggan boleh mendapatkan Celebration Box dengan bayaran tambahan RM12.90 apabila membeli mana-mana kek Secret Recipe bersaiz enam inci di cawangan terpilih di Semenanjung Malaysia.
Jom Makan Tawar Set Hidangan Untuk Dikongsi
Bagi pelanggan yang ingin menikmati hidangan bersama keluarga atau rakan, Secret Recipe turut memperkenalkan promosi Jom Makan dengan pilihan set mengikut jumlah individu.
Terdapat tiga pilihan set yang ditawarkan:
Jom Makan untuk dua orang – RM55: Dua pembuka selera, dua hidangan utama dan dua minuman.
Jom Makan untuk tiga orang – RM78: Tiga pembuka selera, tiga hidangan utama dan tiga minuman.
Jom Makan untuk empat orang – RM98: Empat pembuka selera, empat hidangan utama dan empat minuman.


Setiap hidangan dimulakan dengan sup cendawan bersama roti herba bawang putih, diikuti pilihan hidangan utama yang merangkumi sajian kegemaran tempatan serta hidangan Barat.
Pelanggan juga boleh memilih daripada tiga pilihan minuman yang disediakan.
Lebih menarik, setiap pembelian set Jom Makan turut melayakkan pelanggan menikmati diskaun 10 peratus untuk sepotong kek.
Promosi ini boleh dinikmati untuk makan di restoran (dine-in) mulai 16 November 2026 hingga 31 Januari 2027 di cawangan Secret Recipe seluruh Semenanjung Malaysia, kecuali AEON Mall Taiping dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Menjelang ulang tahun ke-30, Secret Recipe terus mengembangkan penawarannya menerusi pilihan kek, hidangan untuk dikongsi serta kelengkapan sambutan bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Secret Recipe di www.secretrecipe.com.my.
