Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Secret Recipe Tampil Menu Baharu Dengan Sentuhan Mister Potato

Kalau sebelum ini kerepek kentang hanya dijadikan snek ketika menonton televisyen, kali ini Secret Recipe dan Mister Potato tampil dengan idea berbeza apabila menggabungkan kerangupan kerepek kentang dalam beberapa hidangan makanan.

Menerusi kolaborasi antara dua jenama popular itu, satu rangkaian menu baharu dikenali sebagai Beyond Ordinary Crunch Series diperkenalkan dengan mengetengahkan hidangan ayam, pasta dan salad yang dilengkapi keropok kentang Mister Potato.

Antara menu utama yang ditawarkan ialah Spicy Potato Crunch Chicken Chop pada harga RM26.90.

Hidangan ini menampilkan ayam yang disalut dengan lapisan rangup berperisa pedas daripada kerepek Mister Potato. Ia turut dihidangkan bersama kentang wedges, salad segar dan sos mayonis pedas, selain ditaburi kerepek kentang yang dihancurkan untuk memberikan tekstur lebih rangup.

Bagi penggemar pasta, terdapat dua pilihan yang boleh dicuba iaitu Rosé Miso Chicken Potato Crunch Pasta pada harga RM25.90 dan Rosé Miso Seafood Potato Crunch Pasta pada harga RM26.90.

Kedua-dua hidangan menggunakan pasta linguini yang digaul bersama sos rosé berkrim dengan sentuhan rasa miso, sebelum ditaburi kerepek Mister Potato yang dihancurkan.

Perbezaannya, pilihan ayam dihidangkan bersama potongan ayam bersalut kerepek kentang, manakala pilihan makanan laut dilengkapi udang, kupang dan kekapis kecil.

Selain itu, pelanggan yang mahukan hidangan lebih ringan boleh memilih Spicy Potato Crunch Salad pada harga RM7.90.

Salad ini menggabungkan sayuran segar bersama sos mayonis pedas dan taburan kerepek kentang Mister Potato.

Jika mahukan hidangan yang lebih mengenyangkan, pelanggan boleh memilih Spicy Potato Crunch Salad with Potato Chips Chicken Cutlet pada harga RM16.90 yang turut dilengkapi potongan ayam bersalut kerepek kentang berperisa pedas.

Turut Perkenal Siri Minuman Signature Sips

Selain menu makanan, Secret Recipe turut memperkenalkan rangkaian minuman baharu menerusi Signature Sips Seriesyang menampilkan lima pilihan minuman dengan gabungan cita rasa tempatan dan buah-buahan.

Dua daripadanya diinspirasikan daripada kuih tradisional Malaysia, iaitu Ice Blended Onde-Onde pada harga RM12.90 dan Kuih Lapis Matcha Latte pada harga RM15.50.

Bagi mereka yang menggemari minuman berasaskan buah-buahan, tiga pilihan lain turut ditawarkan iaitu Rose Passionfruit Punch, Rose Peach Iced Tea dan Jasmine Passion Fizz.

Ketiga-tiga minuman tersebut dijual pada harga RM10.80 setiap satu.

Kedua-dua rangkaian menu baharu ini akan mula ditawarkan pada 16 November 2026 di cawangan Secret Recipe seluruh Semenanjung Malaysia, kecuali AEON Mall Taiping.

Bagaimanapun, pelanggan yang berkunjung ke cawangan Secret Recipe di Hospital Canselor Tuanku Muhriz hanya boleh mendapatkan minuman daripada Signature Sips Series.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu baharu ini, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Secret Recipe di www.secretrecipe.com.my.