Paris Baguette Malaysia memperkenalkan 13 hidangan baharu menerusi menu sepanjang hari yang diperbaharui, selain melancarkan koleksi hadiah khas sempena musim perayaan hujung tahun.
Penawaran terbaharu itu menjadikan Paris Baguette bukan sahaja sebagai destinasi untuk mendapatkan roti dan pastri, malah tempat untuk menikmati hidangan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Antara pilihan baharu yang diperkenalkan termasuk Classic PB Breakfast, sajian Open Brioche Toast, set burger, hidangan pasta serta Menu Kanak-kanak.
Tampilkan Sajian Berasaskan Brioche Dan Burger Baharu
Antara tarikan utama menu baharu ialah rangkaian Open Brioche Toast yang menggunakan roti brioche istimewa Paris Baguette bersama bahan-bahan berkualiti.
Pilihan yang ditawarkan termasuk Korean Fried Chicken Brioche Toast, yang menggabungkan ayam goreng berinspirasikan Korea dengan roti brioche.
Selain Wagyu Double Cheese Burger, pelanggan juga boleh mencuba dua pilihan burger baharu iaitu Sweet & Spicy Hawaiian Chicken Burger yang menggabungkan ayam rangup, nanas dan sos Korea pedas manis, serta Portobello Scramble Egg Burger dengan telur hancur berkrim, cendawan dan keju cair.

Bagi pelanggan yang datang bersama anak-anak, Paris Baguette turut menyediakan Menu Kanak-kanak dengan pilihan seperti Creamy Carbonara dan Mac & Cheese.



Lebih menarik, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah boleh menikmati satu hidangan kanak-kanak percuma dengan setiap pembelian dua hidangan utama.
Koleksi Hadiah Istimewa Sempena Musim Perayaan
Selain menu baharu, Paris Baguette turut memperkenalkan koleksi hadiah perayaan yang merangkumi aneka kudapan bakeri, kek dan pilihan hidangan katering.
Antara pilihan yang ditawarkan ialah Maison de Madeleine Gift Set yang mengandungi lapan biji madeleine berbentuk beruang dan arnab dalam empat perisa.
Turut diperkenalkan ialah Croissant Cracker Gift Set yang mengandungi lapan keping biskut rangup berperisa mentega.
Bagi peminat kek pula, dua pilihan kek paun bersaiz kecil turut ditawarkan iaitu Apricot & Vanilla Petit Pound Cake serta Honey & Lemon Petit Pound Cake.

Paris Baguette juga menyediakan kek sambutan dan perkhidmatan katering bagi memenuhi keperluan pelbagai majlis, termasuk pertemuan keluarga dan sambutan di pejabat.
Ketua Pegawai Eksekutif Paris Baguette AMEA, Hana Lee berkata, jenama itu yang bermula sebagai sebuah bakeri kejiranan pada 1988 kini berkembang menjadi jenama kafe bakeri global yang menghubungkan masyarakat menerusi makanan.
Menurutnya, Paris Baguette berharap dapat menawarkan lebih daripada sekadar roti dan pastri kepada pelanggan di Malaysia, termasuk pengalaman menikmati hidangan bersama keluarga serta meraikan detik istimewa dengan insan tersayang.
Menu yang diperbaharui dan koleksi hadiah perayaan itu kini boleh didapati di cawangan Paris Baguette terpilih di Malaysia.
Orang ramai boleh mengunjungi cawangan berdekatan atau mengikuti media sosial rasmi Paris Baguette Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai menu, koleksi perayaan dan promosi terkini.
