Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Paris Baguette Malaysia Perkenal Menu Sepanjang Hari yang Diperbaharui serta Koleksi Hadiah Perayaan

Paris Baguette

Daripada sajian Open Brioche Toast berinspirasikan Korea hingga pilihan hadiah istimewa sempena musim perayaan, Paris Baguette membawa cita rasa baharu dan keceriaan untuk setiap detik istimewa

KUALA LUMPUR, 26 NOVEMBER 2026 – Sempena musim hujung tahun ini, Paris Baguette Malaysia memperkenalkan 13 hidangan baharu dalam menu sepanjang harinya yang diperbaharui, bersama koleksi hadiah perayaan yang cukup lengkap. Dengan pilihan yang lebih pelbagai untuk semua peringkat usia, Paris Baguette kini bukan sekadar bakeri, tetapi satu destinasi mesra keluarga untuk menjamu selera, berkumpul dan meraikan detik istimewa.

Daripada Classic PB Breakfast dan sajian Open Brioche Toast hingga set burger yang mengenyangkan, hidangan pasta serta Menu Kanak-kanak khas, pilihan yang lebih pelbagai ini memenuhi pelbagai selera sepanjang hari. Sama ada untuk sarapan yang memuaskan, makan tengah hari santai, makan malam atau meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, Paris Baguette mempunyai sesuatu untuk dinikmati oleh semua.

Lebih daripada Bakeri: Memberi Nafas Baharu kepada Menu Sepanjang Hari

Berbekalkan kepakaran dalam pembuatan roti, Paris Baguette menggunakan roti istimewanya untuk menghasilkan sajian Open Brioche Toast baharu yang menggabungkan bahan berkualiti, rasa yang lazat dan kesegaran setiap hidangan.

Antara tarikan utama ialah Korean Fried Chicken Brioche Toast, yang menggabungkan ayam goreng berinspirasikan Korea dengan brioche istimewa Paris Baguette. Hidangan ini memberi sentuhan moden kepada ‘comfort food’ kegemaran ramai, sekali gus mencerminkan warisan Korea jenama tersebut serta inovasinya dalam menghasilkan sajian berasaskan bakeri.

Selain Wagyu Double Cheese Burger yang popular, Paris Baguette turut memperkenalkan dua lagi burger baharu. Sweet & Spicy Hawaiian Chicken Burger menggabungkan ayam rangup, nanas dan sos Korea pedas manis, manakala Portobello Scramble Egg Burger menyatukan telur hancur berkrim, cendawan dan keju cair dalam roti brioche panggang.

Bagi si kecil pula, kini ada Menu Kanak-kanak khas yang menampilkan hidangan kegemaran mereka seperti Creamy Carbonara dan Mac & Cheese. Lebih menarik, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah boleh menikmati satu Hidangan Kanak-kanak percuma dengan setiap pembelian dua hidangan utama, menjadikan waktu makan bersama keluarga di Paris Baguette lebih menyeronokkan dan bermakna.

Musim Memberi: Koleksi Hadiah Perayaan

Menjelang penghujung tahun, Paris Baguette menyemarakkan suasana perayaan dengan koleksi hadiah yang benar-benar lengkap. Koleksi ini merangkumi aneka kudapan bakeri dalam bungkusan menarik, kek yang sedap dan pilihan hidangan katering, sesuai untuk dikongsi bersama atau dihadiahkan kepada insan tersayang sepanjang musim perayaan.

Antara tarikan utama ialah Maison de Madeleine Gift Set (8 biji), yang menampilkan madeleine comel berbentuk beruang dan arnab dalam empat perisa menarik. Set yang ceria dan penuh sentuhan istimewa ini sesuai dihadiahkan kepada insan tersayang tanpa mengira usia. Bagi pencinta kudapan rangup, Croissant Cracker Gift Set (8 keping) menawarkan biskut croissant keemasan dengan rasa mentega yang kaya dan tekstur rangup, sesuai dinikmati bersama kopi atau teh.

Dua kek paun bersaiz kecil turut menambah sentuhan elegan pada koleksi ini. Apricot & Vanilla Petit Pound Cake menyatukan haruman vanila dengan rasa aprikot yang lembut, manakala Honey & Lemon Petit Pound Cake menawarkan keseimbangan rasa madu dan kesegaran sitrus.

Selain koleksi perayaan ini, Paris Baguette turut menyediakan kek sambutan dan perkhidmatan katering, menjadikannya destinasi sehenti untuk pelbagai keperluan, daripada pertemuan kecil bersama keluarga dan sambutan di pejabat hingga hadiah istimewa buat rakan, rakan sekerja dan insan tersayang.

Tempat untuk Setiap Sambutan

Sama ada untuk menikmati sarapan yang mengenyangkan, makan tengah hari santai, meluangkan masa bersama rakan pada waktu petang atau mencari hadiah istimewa hujung tahun, Paris Baguette mahu menjadi destinasi harian untuk menikmati hidangan enak dan mencipta kenangan bermakna.

Ketua Pegawai Eksekutif Paris Baguette AMEA (Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika), Hana Lee berkata, “Sejak 1988, Paris Baguette telah berkembang daripada sebuah bakeri kejiranan menjadi jenama kafe bakeri global yang menyatukan orang ramai melalui kegembiraan menikmati makanan yang lazat. Seiring perkembangan kami di Malaysia, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan menyedari Paris Baguette menawarkan lebih daripada sekadar roti dan pastri. Sama ada berkongsi hidangan yang disediakan segar bersama keluarga, menikmati sajian berinspirasikan Korea bersama rakan atau meraikan detik istimewa bersama insan tersayang, kami mahu Paris Baguette menjadi tempat yang membuatkan semua orang berasa dialu-alukan, dapat mencipta kenangan indah dan sentiasa ingin kembali.”

Menu yang diperbaharui dan koleksi hadiah perayaan ini boleh didapati di outlet Paris Baguette yang mengambil bahagian di Malaysia. Pelanggan boleh mengunjungi outlet terdekat atau mengikuti media sosial rasmi Paris Baguette Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pilihan menu, koleksi perayaan dan promosi.