Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tropicana Dan PropertyGuru Berganding Bahu Lancarkan Pasar Pre-Loved Korporat Pertama

Tropicana Dan PropertyGuru
  • Tropicana Foundation dan PropertyGuru Group bergabung tenaga melancarkan Pasar Pre-Loved korporat pertama mereka, menerusi inisiatif tiga hari yang menggalakkan fesyen kitaran semula, penggunaan bertanggungjawab, amalan tempat kerja mampan serta sokongan kepada komuniti kurang bernasib baik.

  • Tahun ini, Tropicana Foundation menyasarkan untuk mengumpul lebih 1,500 barangan, menjana lebih RM10,000 untuk tabung amal dan menghalang 300 kg sisa daripada berakhir di tapak pelupusan. Setiap sen hasil jualan disalurkan kepada badan amal dan rumah kebajikan tempatan.

  • Warga kerja PropertyGuru yang menyertai inisiatif ini turut dihadiahkan keistimewaan pemilikan rumah eksklusif Tropicana, iaitu rebat korporat tambahan 5% bagi hartanah Tropicana terpilih, selain rebat promosi semasa yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kuala Lumpur (20 Oktober 2026) – Tropicana Foundation, sayap komuniti Tropicana Corporation Berhad, bekerjasama dengan PropertyGuru Group melancarkan Pasar Pre-Loved korporat pertama di Malaysia. Pasar ini berlangsung dari 20 hingga 22 Oktober 2026 di ibu pejabat PropertyGuru, The Gardens South Tower, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Sepanjang tiga hari tersebut, para pekerja berkumpul untuk menderma, membeli-belah dan memberi nafas baharu kepada barangan pre-loved. Ia membuka ruang kepada pendekatan yang lebih bermakna dalam kelestarian korporat, penglibatan komuniti dan kegiatan amal. Dengan menjadikan tempat kerja sebagai platform perkongsian kitaran semula, kerjasama ini membuktikan bahawa syarikat mampu membantu pekerja mengurangkan pembaziran sambil memberi impak positif kepada masyarakat.

Bagi 2026, Tropicana Foundation menyasarkan untuk menukar barangan pre-loved kepada sumbangan bermakna dengan mengumpul lebih 1,500 barangan, menjana lebih RM10,000 untuk tabung amal dan mengelakkan 300 kg sisa daripada dibuang ke tapak pelupusan. Kesemua hasil jualan akan disalurkan kepada badan amal dan rumah kebajikan tempatan.

Jac Ng, Ketua Jualan Pemaju Malaysia, PropertyGuru & iProperty, berkata, “Di PropertyGuru, kami percaya perubahan yang bermakna bermula daripada usaha bersama warga kerja kami. Kerjasama dengan Tropicana Foundation ini membolehkan pekerja kami mengamalkan kelestarian dengan cara yang praktikal dan membawa manfaat, sekali gus menjadikan barangan pre-loved yang biasa kita guna sebagai sumber yang boleh membantu insan lain.”

“Dengan membawa inisiatif ini terus ke tempat kerja, kami ingin memupuk budaya penggunaan bertanggungjawab, kerja berpasukan dan semangat memberi kepada masyarakat. Kami berharap kerjasama ini dapat mendorong lebih banyak syarikat untuk memperkasakan pekerja mereka membuat perubahan positif, satu langkah kecil pada satu masa,” tambahnya.

Ixora Ang, Pengarah Urusan Pemasaran & Jualan dan Pembangunan Perniagaan Tropicana, berkongsi, “Di Tropicana, kelestarian dan pembinaan komuniti sentiasa menjadi teras falsafah kami, Redefining the Art of Living. Menerusi Tropicana Foundation, kami terus memperkukuh komitmen ESG dengan menjalin kerjasama bermakna yang menghubungkan insan, perniagaan dan masyarakat demi tujuan yang lebih besar. Kerjasama bersama PropertyGuru membuktikan bahawa perkongsian korporat boleh melangkaui peluang perniagaan untuk menyumbang kepada alam sekitar dan masyarakat. Sebagai tanda penghargaan, kami turut menawarkan keistimewaan pemilikan rumah eksklusif kepada pekerja PropertyGuru yang menyertai inisiatif ini, iaitu rebat korporat tambahan 5% bagi hartanah Tropicana terpilih, selain rebat promosi semasa yang berkenaan, tertakluk kepada terma dan syarat. Ini mencerminkan komitmen kami untuk mewujudkan nilai berpanjangan buat rakan kongsi dan komuniti mereka.”

Serena Lim, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan, Komunikasi Pemasaran, ESG, T360 Lifestyle dan Pengarah Program Tropicana Foundation, berkongsi, “Idea di sebalik Pasar Pre-Loved kami mudah sahaja: barang yang tidak lagi berguna kepada seseorang mungkin amat bernilai kepada orang lain. Kami mahu pergi lebih jauh daripada kempen derma biasa dengan menyediakan platform korporat yang menarik, di mana pekerja boleh terlibat secara aktif dalam ekonomi kitaran sambil membantu mereka yang memerlukan. Setiap barang yang disumbangkan, setiap pembelian yang dibuat dan setiap ringgit yang terkumpul membantu mengurangkan pembaziran serta mengangkat kehidupan komuniti yang terpinggir. Melalui Tropicana Foundation, kami berharap dapat meluaskan inisiatif ini kepada lebih banyak rakan korporat dan mencetuskan gerakan yang lebih besar ke arah penggunaan bertanggungjawab, semangat memberi bersama dan impak sosial yang berkekalan. Inilah intipati falsafah Yayasan kami, ‘Art of Living, Sharing & Caring’.”

Berbekalkan kejayaan Pasar Pre-Loved tahun lalu yang berjaya mengumpul dan mengagihkan semula 774 barangan serta mengelakkan lebih 190 kg sisa daripada berakhir di tapak pelupusan, inisiatif tahun ini terus mengukuhkan nilai memberi secara kitaran. Menerusi sumbangan para pekerja yang menyertai dan rakan komuniti, pasar ini menunjukkan bahawa barangan yang tidak lagi digunakan masih boleh diberi tujuan baharu, dengan manfaat sosial dan alam sekitar yang nyata.

Tropicana Foundation mengalu-alukan lebih ramai pemimpin korporat, organisasi dan rakan perniagaan untuk menyertai inisiatif bermakna ini, supaya jangkauannya dapat diperluas ke lebih banyak tempat kerja dan komuniti di seluruh Malaysia. Menerusi penyertaan bersama, Yayasan ini berazam memacu penggunaan bertanggungjawab, mengurangkan pembaziran alam sekitar dan menyalurkan lebih banyak sokongan kepada komuniti kurang bernasib baik serta rumah kebajikan.

Layari https://tropicanafoundation.com.my/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif Tropicana Foundation. Untuk meneroka peluang kerjasama korporat, e-mel ke [email protected] dan [email protected].