Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

1 Utama Bawa Suasana Pasar Krismas Jerman Menerusi ‘A Season of Wonder’

Pusat beli-belah 1 Utama menampilkan suasana pasar Krismas tradisional Jerman menerusi sambutan ‘A Season of Wonder’ yang berlangsung dari 20 November hingga 27 Disember 2026.

Iklan

Menurut kenyataan 1 Utama, sambutan itu mendapat inspirasi daripada pasar Krismas di Nuremberg dan Dresden, dengan mengetengahkan seni hiasan tradisional, pencahayaan, persembahan serta aktiviti untuk pengunjung seisi keluarga.

Antara tarikan utama ialah ‘The Nuremberg Christmas Village’ di LG Oval yang menampilkan deretan chalet kayu, tiang lampu berhias gaya vintaj dan lampu berkerlipan bagi membangkitkan suasana pasar Krismas Eropah.

Ruang berkenaan turut dihiasi struktur Piramid Krismas setinggi 30 kaki yang mendapat inspirasi daripada air pancut Schöner Brunnen, selain pokok Krismas dan watak animasi bersaiz manusia seperti Santa Claus, askar pemecah kekacang serta pemain dram.

Sementara itu, ‘Dresden’s Christmas Heritage’ di GF Centre Court mengetengahkan suasana pasar Striezelmarkt yang sejarahnya bermula pada 1434.

Pengunjung boleh melihat replika Schwibbogen, iaitu gerbang lilin tradisional, bersama arca dan hiasan Krismas yang menonjolkan seni pertukangan Jerman.

Menurut kenyataan itu, bengkel kreatif ‘Whimsy Creations’ turut memberi peluang kepada pengunjung menghasilkan cenderamata Krismas sendiri.

Sepanjang sambutan, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian karol, orkestra simfoni, kumpulan a cappella, tarian dan kumpulan muzik secara langsung.

Majlis penyalaan lampu Krismas pada 21 November lalu disempurnakan Pengarah Urusan 1 Utama City Group, Teo Chui Ping, bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin.

Turut serta ialah Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Chan Pak Keung, dan Ketua Produk Runcit HSBC, Jalpesh Vakharia.

Selain hiasan dan persembahan, 1 Utama menawarkan program penebusan hadiah ‘Tinsel Rewards’ yang merangkumi set teh, tumbler, beg tote, set pemanggang peribadi dan kalendar Advent, dengan perbelanjaan minimum bermula RM150 mengikut kategori penebusan.

Pemegang kad kredit HSBC pula boleh menebus Kad Hadiah ONECARD bernilai RM20 dengan perbelanjaan minimum RM500 atau bekas kaserol percuma dengan perbelanjaan minimum RM1,000.

Bagi pembelian dalam talian, kempen ‘10 Days of Giftmas Magic’ di ONESHOP.com.my akan berlangsung dari 16 hingga 25 Disember, dengan tawaran hadiah percuma bagi pembelian minimum yang ditetapkan serta perkhidmatan pembungkusan hadiah Krismas percuma.

Pengunjung juga boleh membeli produk buatan tangan menerusi ‘Cart for Cause’, platform pasaran impak sosial 1 Utama di ONESHOP, dengan tawaran diskaun sehingga RM20.

Menurut kenyataan itu, keseluruhan hasil jualan produk berkenaan disalurkan terus untuk menyokong penggiat kraf dan individu daripada komuniti kurang berkemampuan serta sumber pendapatan mereka.

Maklumat lanjut mengenai acara dan promosi boleh diperoleh menerusi Facebook dan Instagram 1 Utama atau dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-7613 8118.

Intipati
  • 1 Utama menampilkan pasar Krismas Jerman menerusi ‘A Season of Wonder’ hingga 27 Disember 2026.
  • Tarikan utama termasuk ‘Nuremberg Christmas Village’, ‘Dresden’s Christmas Heritage’, replika Schwibbogen dan Piramid Krismas 30 kaki.
  • Pengunjung boleh menikmati persembahan, bengkel kreatif, penebusan hadiah, promosi HSBC dan kempen ONESHOP.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan